
Dalam budaya Jepun, Ma merujuk kepada ruang bermakna yang wujud di antara dua elemen, sama ada dalam ruang mahupun masa. Ia bukan sekadar kekosongan, tetapi satu ruang yang mempunyai fungsi. Sebuah ketegangan aktif yang memberikan makna kepada apa yang hadir di sekelilingnya.
Konsep ini diterjemahkan kepada cara berpakaian yang tidak terikat kepada acara istimewa mahupun rutin harian. Sebaliknya, ia berada di antara kedua-duanya, dibentuk oleh karakter dan sikap individu yang memilih serta mengenakan sesuatu pakaian.
Di pentas peragaan, pakaian formal, kasual, gerobok kerja serta sukan digabungkan untuk menghasilkan kombinasi yang segar dan tidak dijangka. Gaya kasual koleksi ini diseimbangkan dengan ketepatan tailoring. Antara siluet utama ialah kot double-breasted panjang berinspirasikan pakaian ketenteraan, dihiasi kolar serta butang berwarna kontras dan digayakan bersama kasut high-top.




Pendekatan yang sama turut diteruskan ke dalam koleksi menswear. Jenama Jepun ini yang menolak konvensi formal tampil dalam jaket fleece rona off-white dengan sulaman bunga buatan tangan, kemeja ultra-ringan, seluar five-pocket rona khaki lembut dan kasut mountain boots yang diinspirasikan daripada kasut pendakian gunung dalam arkib.
Antara highlight musim ini ialah MEXICO 66™ SQUARE. Ia hadir dengan interpretasi baharu yang lebih langsing dan berprofil rata terhadap siluet ikonik MEXICO 66™. Diperkenalkan sempena ulang tahun ke-60 model tersebut, MEXICO 66™ SQUARE hadir dalam pelbagai versi. Dari corak kulit reptilia, motif floral dan warna asas.




Musim ini turut menyaksikan kemunculan beg baharu berbentuk silang yang kompak dan bersegi. Ia diperbuat daripada kulit dengan perincian stud serta penutup tali menegak. Onitsuka Tiger turut memperkenalkan rangkaian charms yang boleh dipasang pada beg atau tali pinggang melalui cincin khas. Pilihannya merangkumi reben berwarna-warni, sarung fon telinga mini, pemegang gincu dan bekas cermin mata. Ia menambah elemen peribadi serta playful kepada gaya.