LANGGAN

Tahun Besar TUDOR

TUDOR membawakan rangkaian terkini terbang ke Kuala Lumpur
Published: June 4, 2025

Dunia horologi semakin mengujakan dengan kehadiran hero-hero baru jam tangan. Kesemuanya menawarkan sesuatu yang baru, terkini dan tidak lekang daripada bibir penggemar jam tangan untuk terus berbicara tentangnya.

TUDOR salah satu jenama yang tidak mahu ketinggalan dalam memberikan keterujaan ini. Berlangsung Mei lalu, sebahagian koleksi besar jenama ini diterbangkan ke Kuala Lumpur untuk dipersembahkan kepada pihak media serta klien terpilih meraikan koleksi terbaru yang lebih awal dipersembahkan di Watches & Wonders beberapa bulan lalu.

Dengan kerjasama The Hour Glass, acara tersebut menghidupkan semangat Born To Dare TUDOR, yang menjadi tagline jenama ini dalam meraikan dunia horologi yang sinonim dengan ketepatan dan inovasi jenama ini.

Para tetamu yang dijemput hadir ke Hyatt Centric menjadi antara yang terawal di Malaysia untuk merasakan keunikan Black Bay Chrono Carbon 25 – satu penghormatan berani kepada warisan sukan permotoran TUDOR yang sentiasa berkembang.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down