Koleksi edisi terhad, The APXGP Collection menggabungkan legasi fesyen Tommy Hilfiger dan sukan permotoran bersempena pelancaran filem, ‘F1® The Movie’.
Label fesyen asal New York, Tommy Hilfiger menghidupkan hubungan antara fesyen, sukan permotoran dan penceritaan sinematik dengan melancarkan The APXGP Collection terbaharu. Ia bersempena dengan tayangan perdana filem ‘F1® The Movie’. Filem terbaharu ini akan mula ditayangkan pada 26 Jun 2025 di pawagam seluruh dunia.
Filem ‘F1® The Movie’ bakal menampilkan bintang muda juga duta jenama iaitu Damson Idris. Pelakon itu British itu bergandingan bersama pelakon Hollywood ikonik, Brad Pitt. Seperti filem ini, kempen untuk koleksi edisi terhad kali ini turut dikuasakan dengan pemanduan yang fearless serta gaya yang cukup effortless. Seperti sinergi antara pecutan dan gaya. The APXGP Collection mencampurkan kod perlumbaan bersama prep ikonik dalam memberikan inspirasi penggayaan ‘motorcore’ terkini.
“Working with the Tommy Hilfiger team and on F1® The Movie has been an unforgettable ride — an authentic blend of iconic style and cinematic power.” - Damson Idris.
Dengan momentum trend ‘motorcore’ yang semakin memuncak, koleksi ini membiaskan salah satu trend fesyen terhangat untuk musim panas kali ini. Koleksi Tommy Hilfiger ini menceduk inspirasi daripada dunia sukan perlumbaan. Dengan seleksi warna terang, siluet yang rapi dan perincian yang penuh tenaga. Membina legasi yang menggabungkan fesyen, sukan dan hiburan, koleksi ini juga akan memberikan pecutan kuasa melalui filem ‘F1® The Movie’.
“Since I was a kid peeking through the fences at Watkins Glen racetrack, Formula 1TM has been
legendary to me.” - Tommy Hilfiger.
Himpunan pakaian dan aksesori The APXGP boleh didapati melalui tommy.com. Juga stor Tommy Hilfiger dan seleksi rakan niaga bermula 3 Jun 2025. ‘F1® The Movie’ oleh Apple Original Films ini pula akan mula ditayangkan pada 26 June 2025 di pawagam seluruh dunia.