LANGGAN

Kilauan Glamor di Tayangan Perdana Filem F1 Bersama IWC Schaffhausen

Gemerlapan jam tangan mewah IWC Schaffhausen di tayang perdana filem F1
Published: June 17, 2025
Filem F1 bakal ditayangkan di Malaysia pada 26 Jun ini.

Berlangsung meriah tayangan Perdana Dunia "F1" oleh Apple Original Films & Warner Bros. Pictures di Times Square pada 16 Jun 2025 - selebriti dan pelakon utama hadir di karpet merah dengan gemilang berserta jam tangan daripada IWC Schaffhausen.

Gambar: Dimitrios Kambouris / Getty Images

George Russell 

Pemandu Formula One™ Mercedes-AMG PETRONAS Formula One™ yang juga duta jenama IWC Schaffhausen, George Russell tampil cukup dapper dengan jam tangan IWC Ingenieur Automatic 40. Dihasilkan terhad dalam kuantiti 100 unit sahaja, jam tangan ini datang dengan dail hijau dengan tesktur grid dan bersalut emas.

Gambar: Kristina Bumphrey / Variety via Getty Images

Damson Idris

Aktor Damson Idris yang turut menjadi wajah utama filem F1 dengan watak Joshua Pearce hadir menyerlah di karpet merah tayangan perdana filem ini dengan jam tangan IWC Ingenieur Automatic 40. Diperbuat sepenuhnya dengan emas 18 karat.

Gambar: Mike Coppola / Getty Images for Warner Bros. Pictures

Javier Bardom

Pelakon popular Javier Bardem memakai jam tangan IWC Ingenieur Perpetual Calendar 41 (Ref. IW344903) yang menampilkan bekas keluli tahan karat dengan diameter 41 mm.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down