LANGGAN

Sound Check : Lima Lokasi Kedai Muzik Terbaik

Untuk semua yang main muzik, bukan sekadar main-main.
Published: June 18, 2025

ELLE pasti bahawa pastinya sukar untuk jumpa kedai menjual alat muzik yang decent. Kebanyakan kedai menjual alat muzik yang kurang berkualiti, instrumen yang mempunyai banyak kesan calar, dan bermacam isu lagi. Tidak perlu risau, ELLE telah senaraikan lima lokasi paling best untuk pencinta muzik (bonus kerana seranai ini juga adalah berdasarkan pengalaman). Jom kita lihat!

1. Swee Lee, Lot 10

Okay okay, ELLE tahu— mesti anda rasa ini adalah pilihan yang cliche. Tapi all jokes aside, Swee Lee Lot 10 sebenarnya memegang koleksi alat muzik berkualiti antara yang paling top. Banyak jenama high end yang boleh ditemui seperti Marshall dan Taylor. Jenama-jenama ini adalah klasik dan berkualiti tinggi yang semestinya tidak akan membuat anda kecewa. Swee Lee juga kaya dengan paparan alat muzik dari gitar elektrik ke gendang, dan juga paparan koleksi vinyl. Ia bagaikan syurga untuk pencinta muzik. Adakah ELLE juga sudah beritahu bahawa Swee Lee Lot 10 mempunyai kafe DAN ia mudah diakses menggunakan pengangkutan awam? Literally the whole package!

Alamat kedai: T16 & T17, 3rd Floor, Lot 10 Shopping Centre, 50, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur.

Instagram: @Sweeleemalaysia

Sumber: Swee Lee.

2. Wisma Bentley Music, Mutiara Damansara 

Kedai alat muzik dua tingkat ini menyediakan pelbagai jenis alat muzik. Lif kapsul dan pintu masuknya juga menghadirkan rasa yang cukup eksklusif. Yang ELLE suka, berkelimpahan pemetik gitar yang dijual secara individu (pemain gitar sahaja yang faham sukarnya membeli pemetik gitar dalam kuantiti sedikit di kedai fizikal!). Bentley Music juga mengekhaskan jenama tertentu seperti Fender yang merupakan jenama gitar berkualiti tinggi. Viola dan gendang juga banyak didapati!

Alamat kedai: Level 3, Wisma Bentley Music 3, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya.

Instagram: @Bentleymusic_my

Sumber: Bentley Music.

3. Musicbliss, Petaling Utama

Musicbliss membekalkan alatan muzik kepada artis-artis terkemuka Malaysia, termasuklah Hujan, Masdo, dan Siti Nurhaliza. Kedai ini menyediakan servis penghantaran hari sama, pemasangan sistem, dan pembaikian. Mereka juga menulis blog dan artikel di laman sesawang yang memberikan pandangan yang informatif tentang alat muzik.

Alamat kedai: 5-G & 5-1 & 5-2 & 5-3, Petaling Utama Avenue, Jalan PJS 1/50, Petaling Utama, 46150 Petaling Jaya, Selangor

Instagram: @Music_bliss

4. C&M music, Plaza Pelangi

Bagi mereka yang menghargai barangan alatan muzik yang rare, mesti anda akan suka C&M music! C&M music menyediakan servis pra-pesanan, jadi katalog mereka tidak terhad kepada stok sedia ada. Semua barangan alat muzik boleh dipesan melalui laman sesawang mereka. C&M music juga sering melakukan jualan murah, jadi alat muzik kegemaran anda boleh didapati at a cheaper price!

Alamat kedai: Plaza Pelangi, Lot 4.11, Level 4, 2, Jalan Kuning, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim

Instagram: @Cmmusiccentre

5. The Guitar Store

Sebaik anda masuk sahaja The Guitar Store, anda akan dicurahi dengan pelbagai pilihan gitar, ukelele, dan keyboard. The Guitar Store terkenal dengan pemilihan dan stok barangan muzik yang gian dan tidak terputus. Ia juga mempunyai vibe yang lebih chill, jadi pemain beginner tidak perlu risau atau ragu-ragu untuk masuk kedai.

Alamat kedai: 33, Jalan Manis 3 Taman Segar Cheras, 56100 Kuala Lumpur

Instagram: @Theguitarstore

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down