LANGGAN

Senarai Mesti Tonton di Netflix Bulan Ogos Ini

Add to watch list.
Published: July 30, 2025

Masih mencari tontonan baharu? Judul-judul dalam senarai ELLE di bawah pasti akan menghiburkan dan membuatkan anda terus melekat di skrin!

1. My Oxford Year

Corey Mylchreest sebagai Jamie dalam My Oxford Year

Seorang wanita Amerika yang bercita-cita tinggi sedang mengejar impiannya untuk belajar di Oxford, lalu jatuh cinta dengan jejaka British yang menawan, namun lelaki itu menyimpan satu rahsia yang mungkin menggugat kehidupan yang telah dirancangnya dengan sempurna.

Tarikh premier: 1 Ogos 2025

Tonton video teaser di sini.

2. Wednesday: Season 2 Part 1

(Kiri ke kanan) Joonas Suotamo sebagai Lurch, Catherine Zeta-Jones sebagai Morticia Addams, Jenna Ortega sebagai Wednesday, Isaac Ordonez sebagai Pugsley Addams, Thing, Luis Guzmán sebagai Gomez Addams

Wednesday Addams kembali menghantui dewan-dewan Gothic di Nevermore Academy, di mana musuh dan cabaran baharu menantinya.

Tarikh premier: 6 Ogos 2025

Tonton video teaser di sini.

3. Blood Brothers

Sharnaaz Ahmad sebagai Ghaz, Shafiq Kyle Sebagai Ariff, Shukri Yahaya sebagai Fadlan & Amelia Henderson sebagai Sheila

Pengawal peribadi elit, Ariff, terperangkap dalam pertempuran maut apabila dia dijebak atas satu jenayah dan sahabat baiknya, Ghaz, berubah menjadi seteru paling berbahaya.

Tarikh premier: 10 Ogos 2025

Tonton video teaser di sini.

4. Night Always Comes

Night Always Comes. Vanessa Kirby as Lynette in Night Always Comes. Cr. Allyson Riggs/Netflix © 2025

Apabila keluarganya tidak lagi mampu menampung kos hidup di bandar, seorang wanita terpaksa meredah malam dalam pencarian terdesak yang kian berbahaya demi mendapatkan $25,000.

Tarikh premier: 15 Ogos 2025

Tonton video teaser di sini.

5. The Thursday Murder Club

Sekumpulan penyiasat senior yang obses menyelesaikan kes lama tiba-tiba terperangkap dalam misteri pembunuhan sebenar dalam kisah jenayah komedi yang diadaptasi daripada novel ini.

Tarikh premier: 28 Ogos 2025

Tonton video teaser di sini.

6. Stolen: Heist of the Century (Dokumentari Netflix)

Antwerp, 2003. Sekumpulan penjenayah berjaya menembusi Diamond Center yang dikawal ketat. Siapakah yang merancang salah satu rompakan paling berani dalam sejarah dan bagaimana ia dilakukan?

Tarikh premier: 8 Ogos 2025

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down