Ramai lelaki yang sering alpa tentang kepentingan fesyen dalam kehidupan seharian mereka, namun fesyen bagi lelaki bagaikan tanduk dua serupa. Kontra dengan kepercayaan popular, fesyen bukanlah sekadar kepingan fabrik yang disarung badan, ia juga adalah tentang personaliti dan pemikiran. Beberapa hari lalu, ELLE telahpun menceritakan tentang binaan identiti maskuliniti melalui teknologi. Tetapi selain itu, apa lagi yang membentuk personaliti bagi seorang lelaki dalam lagak sehari-hari?
Pembawaan diri merupakan piawai utama dalam mengetengahkan identiti dan personaliti. Jangan takut untuk campur dan padankan kepingan baju dalam almari! Pemberian imej dapat disampaikan melalui siluet, rona dan aksesori yang disuakan dengan bijak. Boleh juga gunakan teknik layering untuk sentuhan pakaian yang lebih personal.
Berbicara tentang barangan-barangan kecil, karabiner memberikan sentuhan yang cukup efektif sebagai aksesori pada pakaian! Ia boleh digunakan untuk meletakkan kunci, AirTag, dan rantai keychain untuk menyerlahkan personaliti. Dan ingat, jangan takut untuk cuba memakai beg, era masa kini mendepangkan ruang bagi lelaki untuk memakainya! Dengan tekstur dan tona yang betul, bag dapat membekalkan esen pop dalam pakaian anda. Lihat sahaja bagaimana cara rapper, A$AP Rocky menggayakan beg!
Tahukah anda bahawa memori bau membangkitkan lebih banyak emosi daripada memori visual? Penggunaan satu minyak wangi secara konsisten dapat menghasilkan signature scent yang seterusnya membangkitkan aura. Boleh juga lapiskan signature scent anda dengan losyen, body mist atau minyak wangi tambahan untuk melebihkan keragaman sambil masih memberi efek kohesif.
Biarpun sering dibelakangi ramai dan dianggap hanya sebagai penghias kecil di tangan, tetapi jangan sesekali mengabaikan kuasa jam tangan dalam membentuk pakaian harian anda. Aksesori ini telah menjadi tanda signature bagi lelaki sekian lamanya. Pembicara status, taste, dan lagak keseluruhan bagi lelaki menjadikan jam tangan sebagai pelaburan yang cukup bernilai bagi imej maskulin.
Walaupun kedengaran cheesy, tapi sebenarnya betul! Cara seseorang berfikir termasuklah mindset dan stereotaip yang ditampilkan menjadi jarak pemisah terbesar antara anda dengan orang lain. Jadi, pastikan anda sentiasa bersikap terbuka dengan pandangan dan personaliti ragam.