LANGGAN

Mingyu Beraksi ‘Hot’ Dalam Kempen Calvin Klein Terbaharu

Turn It Up!
Published: August 24, 2025

Ahli kumpulan Seventeen, Mingyu menghangatkan kempen Calvin Klein terbaharu yang menampilkan koleksi denim inspirasi era 90-an. 

calvin klein

Hot boy summer! Calvin Klein memperkenalkan kempen denim terbaharu bersama Mingyu. Bintang kumpulan K-pop, Seventeen itu tampil bergaya dalam koleksi denim musim luruh 2025. Kempen kali ini diarahkan dan dirakamkan oleh Torso.

Kempen ini bukanlah yang pertama buat Mingyu. Bintang Korea Selatan berusia 28 tahun itu pernah sebelum ini membintangi kempen Calvin Klein pada tahun lalu. Dia yang juga merupakan duta Snickers hadir ke Kuala Lumpur dalam sesi jelajah bersama jenama bar coklat itu. 

Dengan gaya santai namun penuh karisma, Mingyu menyerlahkan keinginan terhadap denim ikonik jenama ini dalam inspirasi era 90-an. Menerusi rekaan baharu yang diinspirasikan grafik berimpak, gaya tona seiring serta teknik layering memikat dengan padanan asas yang tidak dijangka.

mingyu seventeen

Koleksi Denim Musim Luruh 2025 yang Digayakan oleh Mingyu

Sebagai sorotan musim ini, denim baharu dengan cetakan CK Emblem ini menampilkan interpretasi semula monogram ikonik jenama. Corak cetakan yang menyeluruh dalam memberi sentuhan grafik moden pada seluar  jeans dan jaket trucker. Rekaan ikonik 90s Straight Jean kembali dengan pilihan cucian vintaj dan gelap. Ini termasuk tona indigo yang diperkaya. Lantas, ia sesuai digayakan bersama kemeja butang longgar atau kemeja-t logo untuk penampilan santai dan moden.

Slim Jean dengan potongan kemas pula menampilkan siluet rapi. Ia boleh dipadankan sempurna bersama baju tank klasik dan windbreaker. Ini akan menghasilkan gaya berlapis yang penuh karakter. Sementara itu, Carpenter Jean direka dengan bentuk berstruktur dan inspirasi pakaian kerja. Manakala, 90s Taper Jean hadir dengan potongan rapi yang menggabungkan rekaan klasik dengan sentuhan kontemporari.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down