LANGGAN

MEN-Tropolitan - Transit Gaya Sartorial Lelaki Yang Moden

Work Hard, Play Hard
Published: August 25, 2025

ELLE Men Malaysia mempersembahkan lembaran fesyen berjudul 'MEN-Tropolitan' yang menampilkan gaya sartorial moden buat lelaki hari ini.

Simbol kuasa dan gaya. Siluet langit menjadi latar kota metropolitan. Lelaki melangkah menggapai cita-cita abadi, dalam persinggahan ke pejabat sartorial yang moden. 

elle men

Kemeja kapas dan seluar formal, kesemuanya daripada MOSCHINO. Jaket kulit daripada ALLSAINTS. Kaca mata daripada LINDBERG. 

msgm

Tangga Korporat - Melangkah rapi dalam persalinan korporat. Biar ia membiaskan tenaga penuh kuasa dalam simpulan keyakinan yang luar biasa. 

Kemeja jalur, blazer dan seluar formal, kesemuanya daripada MSGM. Kaca mata daripada LINDBERG. Tali leher milik penata gaya. 

mochino

Work Hard, Play Hard - Siapa bilang gerobok ke pejabat membosankan? Suntik ritma keunikan pada gaya kantor yang berlainan untuk memberikan impak yang mencuri pandangan.

Kemeja cetak inspirasi blazer daripada MOSCHINO. Kaca mata daripada SAINT LAURENT EYEWEAR

hermes

Rebel Heart - Kenakalan gaya memberontak, jauh sekali dari norma. Jelmaan imej bad boy pada padu-padan yang lebih ekstrim, tetapi tidak keterlaluan. 

Baju panas bertekstur dengan hoodie boleh tanggal, seluar potongan lurus dan kasut sarung, kesemuanya daripada HERMES. Tali pinggang dan rantai kunci milik penata gaya. 

saint laurent

Fantastic Baby - Menggenggam erat ke masa hadapan, mencipta arus gaya yang futuristik menuju ke peringkat yang lebih tinggi. 

Blazer, kemeja jalur halus, seluar potongan lurus, tali leher, sarung tangan kulit, kasut kulit dan kaca mata hitam, kesemuanya daripada SAINT LAURENT.

hugo

Kelopak Kuasa - Bunga-bunga mengembang mekar dalam motif floral yang segar pada baju panas yang mudah digayakan santai sepanjang hari. 

Baju panas motif floral daripada HUGO. Kaca mata hitam daripada SAINT LAURENT EYEWEAR.

giorgio armani

Rentak Tradisional - Budaya bangsa jangan dilupakan. Apresiasi seni tradisional disatukan bersama rekaan ikonik jenama yang melambangkan nilai seorang lelaki itu penuh dengan pekerti. 

Jaket tanpa kolar daripada GIORGIO ARMANI. Kaca mata hitam daripada GUCCI EYEWEAR. Tali leher songket milik penata gaya.

hugo boss

Fantasi Klasik - Fabrikasi yang premium nan mewah, membaluti tubuh dengan baldu yang lembut dan selesa. Sangat elegen, digayakan mega dari pejabat ke acara sekitar kota. 

Blazer baldu, seluar baldu dan kasut kulit, kesemuanya daripada HUGO. Kaca mata hitam daripada LINDBERG. Tali leher milik penata gaya. 

allsaints

Cross Road - Kombinasi keras pada material kulit dan lembut pada motif bintik polka membuka lembaran gaya rock and roll yang bertenaga. 

Kemeja bintik polka, jaket kulit dan seluar denim, kesemuanya daripada ALLSAINTS. Kaca mata daripada GUCCI EYEWEAR.

coach

Out-of-Office - Usah gentar bermain dengan kelainan pada fabrik potongan, seperti padanan blazer kulit dan seluar pendek yang out of the box

Kemeja putih bersulam, blazer kulit, seluar pendek kulit, sneakers monogram dan beg tangan kulit, kesemuanya daripada COACH.

fendi

Breaking News - Kedamaian padanan ritma warna yang sepadan menghidupkan ceritera gaya yang terkini.

Kemeja polos dan seluar formal, kesemuanya daripada FENDI. Tali leher milik penata gaya.

dolce & gabbana

Transit Gaya - Hitam dan putih, tetap bikin statement! Pelanggaran cetak mengalunkan gaya monokromatik yang dramatik. 

Baju polo cetak monokrom, seluar potongan lurus, kasut kulit dan beg kulit bercorak, kesemuanya daripada DOLCE & GABBANA. Tali pinggang milik penata gaya.

Dapatkan ELLE Men Malaysia edisi Ogos/September 2025 di pasaran sekarang.

PENATAAN GAYA MUZAMMIN MUZLAN ARAHAN SENI IERA NADZLIM DIBANTU OLEH NABIHAH NIZAM PEMBANTU PENATAAN GAYA ATHIRAH ZAHRA & FIRDAUS ZIN  FOTOGRAFI AZIM MAHAYUDDIN / AMSTUDIO PEMBANTU FOTOGRAFI ADEEL SOLEKAN AHMA DANI DANDANAN JUNO KO MODEL FAHD PELATIH AMALI NUHA ADAM

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down