LANGGAN

Balenciaga Perkenal 10 Haruman Terhangat

Mengembalikan sebuah warisan.
Published: September 11, 2025
Koleksi terkini haruman Balenciaga.

Lebih 75 tahun sejak kali pertama Cristóbal Balenciaga memperkenalkan Le Dix, haruman pertama maison ini, koleksi terbaru diperkenalkan sebagai penghormatan terhadap warisan rumah fesyen tersebut. Ia bergerak sebagai satu transformasi dan transisi jenama ini dalam memberi makna pada penjenamaan dan warisan.

Untuk itu, Balenciaga memperkenalkan koleksi 10 haruman yang terkini. Ia ditafsirkan sebagai sesuatu yang melangkaui batas waktu dan memberi pengalaman deria bau yang kolektif dalam pengertian baru. Ini adalah dimensi baru dunia haruman.

Sebagai penghormatan, DNA haruman ini dikekalkan sebagai homage kepada M. Balenciaga yang merupakan couturier Sepanyol yang menubuhkan rumah fesyen ini pada tahun 1917. Cukup dikenali kerana ketelitian teknikal serta siluet revolusioner yang melepas batas antara seni jahitan dan arca.

Kelahiran semula ikon ini bermula sejak 15 tahun lalu ketika artisan maison mendapatkan semula botol minyak wangi awal yang dihasilkan pada tahun 1947 yang diberi nama Le Dix oleh Cristóbal Balenciaga.

Setiap perincian diteliti dan dikaji semula bagi mendapatkan formula yang tepat. Ia tidak hanya pada penghasilan wangian tetapi meliputi bungkusan dan botolnya. Penutup kaca berbentuk globular dan reben yang diikat sendiri oleh artisan membentuk satu identiti pada penghasilan keseluruhannya.

Dengan adanya teknolohi industri yang semakin berkembang, ia menghidupkan semula susur waktu dan sejarah dalam penghasilan haruman ini tanpa meminggirkan jalinan cerita yang telah disusun sejak awal ia diperkenalkan.

Kotak haruman ini pula menghidupkan semula reka bentuk asal Le Dix, dengan logo dan tulisan yang kembali menghiasi permukaan luar. Ia disempurnakan dalam rona kelabu inspirasi industrial yang cukup ikonik jenama ini.Bergerak atas naratif penuh metafora, menggabungkan cerita masa lalu dan kini serta bernadi sebagai saksi terhadap jejak waktu. Setiap satu dicipta, dimeterai dan dibungkus di Perancis.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down