LANGGAN

Garmin Venu 4: Jam Pintar Gaya Hidup Premium & Bergaya

Pilihan terbaik untuk penggemar kecergasan yang mahukan prestasi maksimum!
Published: September 20, 2025

Dalam dunia moden yang serba pantas, mengekalkan gaya hidup sihat sambil kekal bergaya bukan lagi pilihan. Ia kini menjadi satu keperluan. Garmin Malaysia memperkenalkan Venu 4, jam tangan pintar kesihatan dan kecergasan terkini. Ia penuh dengan teknologi inovatif serta hadir dengan rekaan elegan. Sesuai digayakan ke gim, pejabat, atau acara santai hujung minggu.

Direka sebagai jurulatih peribadi di pergelangan tangan, Venu 4 membantu pengguna memahami tubuh mereka dengan lebih mendalam, membuat keputusan kesihatan yang lebih bijak dan mencapai matlamat kecergasan dengan lebih mudah. 

Lebih Peka Terhadap Tubuh

Bayangkan mempunyai akses segera terhadap maklumat tubuh anda – dari degupan jantung, pola tidur hingga tahap tenaga harian. Itulah yang ditawarkan oleh Venu 4:

Health Status: Menjejak perubahan penting dalam kadar denyutan jantung, HRV, pernafasan, suhu kulit dan Pulse Ox semasa tidur.
Lifestyle Logging: Log pengambilan kopi atau alkohol dan lihat bagaimana ia mempengaruhi tidur, tekanan dan tenaga anda.
Advanced Sleep Metrics: Panduan tidur diperibadikan berasaskan circadian rhythm untuk membantu anda tidur lebih konsisten dan berkualiti.

Latihan yang Mengikut Rentak Anda

Dengan lebih 25 aktiviti kecergasan, daripada yoga hingga HIIT, Garmin Fitness Coach memberikan senaman yang bersesuain untuk setiap hari mengikut prestasi dan pemulihan tubuh.

Suka gabungkan beberapa aktiviti sekali gus? Fungsi Mixed Session Activity Profile membolehkan anda menjejak semua dalam satu sesi, menjadikannya lebih mudah untuk mengekalkan rutin kecergasan yang pelbagai.

Teknologi untuk Semua

Garmin juga menekankan inklusiviti:

  • Spoken Watch Face: Mendengar masa, data kesihatan dan peringatan jam secara langsung.
  • Color Filter: Paparan mesra pengguna untuk mereka dengan buta warna iaitu dari skala kelabu hingga biru/kuning.

Reka Bentuk Bergaya, Sesuai dengan Segala Acara

Tidak hanya pintar, Venu 4 juga fashionable. Hadir dalam dua saiz (41mm dan 45mm) dengan warna pilihan seperti lunar gold & light sand atau silver & citron, ia boleh dipadankan dengan tali kulit atau silikon yang boleh ditukar dengan mudah.

Lampu suluh LED terbina menambah praktikaliti, manakala speaker dan mikrofon membolehkan anda menjawab panggilan atau menggunakan arahan suara tanpa perlu mengeluarkan telefon. Semua ini diberi dengan bateri tahan sehingga 12 hari, sesuai untuk mereka yang sibuk dalam masa sama juga aktif.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down