LANGGAN

Laporan NYFW COS F/W 2025: Kajian Gaya Tentang Kontras, Material dan Pembuatan Moden

COS di NYFW
Published: September 24, 2025

Dengan kehadiran barisan selebriti Asia ternama, COS kembali buat kali keempat ke kota Big Apple dengan mempersembahkan koleksi musim luruh/dingin 2025 di NYFW.

Kembali buat tahun keempat berturut-turut, COS sekali lagi mengukuhkan posisinya di NYFW dengan koleksi musim luruh/dingin 2025. Kali ini, jenama dari London itu membentangkan satu kajian tentang kontras, material, dan pembuatan moden. Semua itu diterjemahkan dalam set industri di Greenpoint Terminal Warehouse, Brooklyn, yang diubah menjadi galeri minimalis serba putih.

Suasana tenang namun berkarisma dirasai apabila 47 rekaan diperagakan, menampilkan palet gelap sofistikated. Dari hitam, kelabu keluli hingga navy pekat, semuanya diseimbangkan dengan aksen neutral. Permainan tekstur menjadi tarikan utama. Kulit lembut, shearling, permukaan pony-effect, hingga fabrik sheer yang memperlihatkan siluet tubuh bergerak dengan halus.

Bagi lelaki, koleksi ini hadir dengan tailoring yang segar. Bahu tajam, potongan oversized, dan layering tona senada yang menggabungkan utiliti dengan gaya. Inspirasi sartorial seperti epaulette berbutang dan poket fungsi memberi nafas maskulin, sementara knit basketweave dan fabrik chenille menambah dimensi tekstur. Kasut kulit klasik serta kasut sneaker moden melengkapkan gaya urban yang effortless.

Kehadiran nama besar seperti Naomi Watts, Rosie Huntington-Whiteley, Lauryn Hill, Mika Hashizume dan Christopher Briney. Juga Lee Jun-young, Pruk Panich, Jodie Turner-Smith, Ko Hyun-joung dan Tipnaree Weerawatnodom yang mengangkat lagi aura pertunjukan ini. Namun tumpuan sebenar tetap pada keupayaan COS menghasilkan koleksi yang timeless, wearable, dan penuh keyakinan. Persis lelaki moden yang tahu menyeimbangkan fungsi dan gaya.

COS
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down