LANGGAN

Motul Sebagai Pembekal Rasmi Pasukan F1 McLaren

Aksi di litar yang lebih bertenaga, lebih teknikal dan penuh dengan kejutan!
Published: September 26, 2025

McLaren Racing sekali lagi mencuri perhatian dunia Formula 1 dengan mengumumkan kerjasama terbarunya bersama Motul. Jenama global ini sinonim dengan pelincir berprestasi tinggi. Bermula musim 2026, Motul akan menjadi pembekal rasmi pasukan McLaren Formula 1. Dengan membekalkan pelincir transmisi berteknologi tinggi yang direka khas untuk menahan tekanan perlumbaan paling ekstrem di dunia.

Legasi Dua Kuasa Besar

Bagi penggemar permotoran, nama Motul bukan lagi asing. Ditubuhkan sejak abad ke-19, syarikat ini sudah lama dikenali kerana inovasi dalam dunia pelincir dan telah menjadi rakan teknikal pelbagai pasukan perlumbaan antarabangsa. Dari kejuaraan ketahanan (endurance racing) hingga motosikal, Motul sentiasa berada di barisan hadapan teknologi. Kini, dengan kepulangan mereka ke Formula 1, ia ibarat ‘comeback’ ke arena paling elit sukan permotoran.

Di pihak McLaren pula, legasi mereka dalam F1 tidak perlu diperkenalkan lagi. Pasukan ini telah memenangi kejuaraan dunia, menghasilkan kereta-kereta ikonik dan melahirkan pelumba-pelumba hebat sehingga ke hari ini.  Walaupun cabaran kompetitif semakin sengit, McLaren kini sedang bangkit semula dan kolaborasi dengan Motul bakal menjadi pemangkin kepada usaha tersebut.

Suara Dari Kedua-dua Pihak

Nick Martin, Ketua Pegawai Komersial Bersama McLaren Racing, jelas teruja dengan kerjasama ini. Beliau turut mengalu-alukan kehadiran Motul ke dalam pasukan McLaren Formula 1. Sejarah inovasi dan kecemerlangan teknikal mereka benar-benar mencerminkan nilai McLaren.

Sementara itu, Andreea Culcea, Ketua Pegawai Jenama & Komunikasi Motul, menyifatkan kolaborasi ini sebagai detik untuk kepulangan Motul ke Formula 1 yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah. Ia peluang terbaik untuk menyatukan kepakaran kedua-dua pihak dalam mengejar prestasi dan inovasi.

Apa Maknanya Untuk Formula 1?

Kerjasama ini bukan sekadar tentang logo yang terpampang pada kereta atau pakaian pelumba. Ia tentang teknologi yang benar-benar memberi impak kepada prestasi di litar. Pelincir transmisi yang dibekalkan oleh Motul akan memainkan peranan penting dalam memastikan gear box McLaren berfungsi pada tahap optimum sepanjang perlumbaan, sesuatu yang boleh menjadi faktor penentu antara kemenangan dan kegagalan.

Lebih daripada itu, ia menunjukkan hala tuju McLaren yang jelas iaitu bekerjasama dengan jenama yang mempunyai reputasi kukuh untuk memastikan setiap aspek kereta mereka berada di tahap terbaik. Gabungan kepakaran kejuruteraan McLaren dengan teknologi pelincir Motul dijangka membawa dimensi baru kepada prestasi kenderaan mereka.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down