LANGGAN

Definisi Mewah Moden Mercedes-Benz S 580 e Baharu Dengan Teknologi EQ Hybrid

Mercedes-Benz S 580 e bukan sekadar sebuah kereta. Ia adalah manifestasi kemewahan moden, pengiktirafan kepada mereka yang menghargai kesempurnaan.
Published: September 27, 2025

Dalam dunia automotif, hanya ada satu nama yang sentiasa sinonim dengan kecemerlangan, inovasi dan keanggunan tanpa kompromi: Mercedes-Benz S-Class. Hari ini, legasi itu diteruskan dengan kemunculan Mercedes-Benz S 580 e dengan Teknologi EQ Hybrid, kini dipasang tempatan di kilang produksi Mercedes-Benz di Pekan menjadi simbol prestij, teknologi termaju dan kemewahan yang melangkaui masa.

Mercedes-Benz S 580 e dengan EQ Hybrid Technology.

Ikon Elegan, Kini Lebih Canggih

Model flagship ini hadir dengan pelbagai penambahbaikan terkini yang menegaskan lagi kedudukannya sebagai penanda aras sedan mewah. Reka bentuk eksklusif berbahasa Sensual Purity diperkemas dengan rim 20 inci 10-twin-spoke forged wheels, memberikan aura sofistikasi yang berkarisma, sama ada di jalan raya kota atau lebuh raya terbentang luas.

Ruang dalaman Mercedes-Benz S 580 e: harmoni sempurna antara keselesaan, inovasi dan sofistikasi.

Lebih mengujakan, sistem rear-axle steering sehingga 4.5 darjah meningkatkan kelincahan dan kestabilan, menjadikan setiap perjalanan terasa lebih lincah, elegan dan selamat.

Kuasa Bertemu Kecekapan

Elegan, pintar, dan kini lebih pantas. S 580 e hadir dengan teknologi pengecasan DC fast charging.

Menepati gaya hidup moden yang menuntut kelestarian, S 580 e tampil dengan bateri voltan tinggi yang menyokong DC fast charging sehingga 60 kW. Hanya 20 minit diperlukan untuk mengecas daripada 10% ke 80%, bukti nyata bahawa kemewahan kini seiring dengan kecekapan.

Santuari Mewah Dalam Kabin

Masuk ke ruang dalaman, anda akan disambut oleh suasana yang tenang, eksklusif dan penuh seni halus. Konsol tengah dengan kemasan black dotted lines serta crystal-look finish menambah sentuhan mewah moden.

Keselesaan pula ditingkatkan dengan kerusi hadapan berpengudaraan dan pemanas tiga tahap, dilengkapi kipas terbina dalam yang memastikan suasana tempat duduk kekal selesa mengikut cita rasa individu.

Teknologi ENERGIZING AIR CONTROL turut menjadikan kabin sebagai ruang perlindungan eksklusif memantau kualiti udara melalui sensor canggih, menapis zarah halus, bahan berbahaya dan virus, sambil memastikan udara segar dan bersih sentiasa berlegar di dalam kabin.

Harga & Waranti

Mercedes-Benz S 580 e dengan EQ Hybrid Technology ditawarkan pada harga RM738,888 (termasuk 10% cukai jualan), untuk Semenanjung Malaysia. Pembelian ini turut didatangkan dengan jaminan bateri voltan tinggi selama 8 tahun atau 160,000km (yang mana terdahulu).

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down