Lebih berani, pintar dan sofistikated. SUV terlaris Volvo kini tampil dengan sentuhan Skandinavia yang diperhalusi. Segalanya diperincikan dengan aspek gaya hidup lelaki moden, dari jalan raya ke gaya peribadi.
Dengan perubahan pesat teknologi di mana kecerdasan buatan hadir pada era modenisasi, Volvo XC60 menjadi lambang kemewahan megah di jalanan. Kini dengan pelancaran versi refreshed XC60 untuk pasaran Malaysia, SUV ini bukan sekadar dikemaskini. Ia dinaik taraf menjadi lebih premium, intuitif dan lebih bersedia menghadapi cabaran gaya hidup masa kini.
Tidak semua lelaki mendambakan keterlaluan. Ada yang memilih ketelitian, keseimbangan dan fungsi yang bergaya. Volvo memahami mereka. XC60 baharu mengekalkan DNA reka bentuk Scandinavia yang bersih, berani dan minimalis dengan makna yang diolah sendiri. Dengan gril mesh diagonal, rim eksklusif, serta warna Forest Lake dan Bright Dusk diperkenalkan, SUV ini menjadi alat pernyataan gaya.
Lampu belakang kini lebih gelap dan dramatik, menyerlahkan sisi maskulin model ini. Di bahagian depan pula, lampu LED Thor Hammer masih menjadi simbol kejelasan visi secara literal dan metafora.
Dari luar ia kelihatan biasa, namun di dalamnya lengkap dengan teknologi terkini. XC60 refreshed menampilkan paparan skrin terapung 11.2 inci dengan sistem Google built-in. Ini menjadikan navigasi, muzik dan arahan suara satu pengalaman seamless yang tidak mengganggu fokus anda terhadap pemanduan.
Sistem Bowers & Wilkins High Fidelity menyuntik nuansa teater bunyi ke dalam kabin. Ia bukan sekadar untuk hiburan, tetapi untuk menjadikan pemanduan harian satu bentuk eskapisme premium.
Keselesaan bukan sekadar keselesaan fizikal, ia adalah seni menenangkan minda. Tempat duduk XC60, diiktiraf antara yang terbaik dalam segmennya, menyokong postur anda seperti suit custom-made.
Tekstur dalamannya juga terperinci, susun atur kabin minimalis dan sistem suspensi udara Volvo yang tersedia. Segalanya secara percuma untuk varian plug-in hybrid, menambah lagi perasaan seakan “terapung” walaupun jalanan tidak sempurna.
Teknologi penulenan udara dalam kabin menapis sehingga 95% partikel berbahaya membolehkan anda bernafas lega dalam erti sebenar dan simbolik.
Dalam era elektrifikasi, XC60 hadir dengan dua personaliti:
Apa pun pilihan anda, kedua-duanya mencerminkan gaya hidup lelaki yang seimbang antara tanggungjawab dan kepuasan.
Teknologi keselamatan pintar seperti adaptive cruise control, lane-keeping assist dan sistem collision avoidance hadir. Ia bukan sekadar sebagai alat keselamatan, tetapi sebagai pelengkap gaya hidup sibuk yang tidak boleh terganggu risiko yang boleh dielakkan.
Volvo tidak melihat keselamatan sebagai ciri tambahan tetapi sebagai falsafah. Dalam dunia yang penuh distraksi XC60 memastikan anda kekal dalam kawalan, tanpa perlu berkompromi pada gaya.
Refreshed Volvo XC60 direka untuk mereka yang faham bahawa kemewahan sebenar tidak datang dengan kilauan semata-mata. Namun datang dengan fungsi, kecekapan dan keunikan reka bentuk.
Bagi lelaki yang mahukan lebih daripada sekadar pengangkutan, pengalaman, gaya dan tujuan dalam satu. XC60 ialah pilihan yang bukan sekadar rasional, tetapi relevan.
Untuk maklumat lanjut atau pandu uji, kunjungi Volvo Car Malaysia. Ikuti juga perkembangan terkini di Facebook dan Instagram mereka.