Jika lihat barisan karpet merah terkini, jelas bahawa barang kemas kini bukan lagi eksklusif untuk wanita. Lelaki juga memakainya dengan penuh keyakinan. Daripada Pedro Pascal yang sentiasa tampil unik hinggalah ke Timothée Chalamet dan Harry Styles yang berani mencabar norma, ikon-ikon fesyen lelaki masa kini mengembalikan sinar aksesori mewah tanpa rasa bersalah.
Jika anda masih ragu-ragu tentang “kemaskulinan” barang kemas, ketahuilah bahawa koleksi paling menarik hari ini bersifat genderless, dicipta bukan untuk lelaki atau wanita semata, tetapi untuk sesiapa yang berani mengekspresikan gaya mereka tersendiri.
Jadi, sama ada anda baru ingin mencuba aksesori mewah yang minimal atau bersedia untuk menyinar dengan statement piece yang memukau, berikut adalah pilihan terbaik untuk anda tampil lebih bergaya.
Ikonik dengan sentuhan nautika, gelang kabel ini dengan clasp bergaya adalah simbol kebebasan dan kekuatan. Sporty dan sofistikated, ia padan dengan apa sahaja daripada tailored suit sehingga kemeja-T dan seluar jeans.
Apabila Tiffany & Co. berkolaborasi dengan Pharrell, hasilnya pasti luar biasa. Reka bentuk mutiara bold, pautan besar dan kilauan berlian menjadikan rantai ini gabungan streetwear dan keanggunan mewah. Bukti bahawa ia bukan hanya untuk wanita, tetapi untuk sesiapa yang berani tampil berbeza.
Dengan rekaan tekstur berduri yang unik, cincin in akan menjadi topik bualan di mana sahaja anda berada. Pakai secara solo atau lapiskan jika berani – kedua-dua cara adalah pernyataan gaya yang kuat.
Siapa kata Chanel hanya untuk wanita? Gelang Coco Crush dengan motif quilted ikoniknya tampil dengan sentuhan maskulin yang sofistikated. Kukuh, minimalis dan elegan. Malah, ia juga mungkin aksesori yang boleh dikongsi bersama si dia.
Cincin Le Damier merupakan interpretasi moden terhadap warisan maison Perancis ini. Motif Damier yang diperkenalkan pada tahun 1888 diolah semula dalam reka bentuk grafik yang kontemporari. Genderless dan penuh nilai autentik, ia dicipta untuk dipakai setiap hari, sama ada sebagai pernyataan gaya atau simbol hubungan yang bermakna.