
adidas Malaysia melancarkan acara pop-up adidas x Mercedes-AMG PETRONAS di Central Exchange, The Exchange TRX. Satu destinasi yang menggabungkan kelajuan, gaya dan inovasi di tengah-tengah Kuala Lumpur. Acara istimewa ini berlangsung sehingga 7 Oktober 2025, menjadikan bandar raya sebagai pentas inspirasi sukan dan fesyen moden.
Acara pop-up ini diadakan bersempena minggu perlumbaan di Singapura. Ia memberi peluang kepada peminat untuk merasai sendiri debaran litar Formula One. Dari simulator perlumbaan berprestasi tinggi, cabaran refleks interaktif hinggalah ke pertunjukan fesyen eksklusif, pengalaman ini menzahirkan komitmen adidas untuk terus menerajui inovasi dan membawa semangat perlumbaan ke jalanan ibu kota.

Pelancaran acara ini dimulakan dengan pertunjukan fesyen yang menampilkan sebelas koleksi daripada adidas x Mercedes-AMG PETRONAS. Acara diteruskan dengan penampilan ikon sukan permotoran Malaysia, Alex Yoong bersama anaknya, Alister Yoong. Serta Minvern Kuah, yang mempamerkan kemahiran mereka melalui simulator perlumbaan. Masa pusingan terpantas yang dicatatkan mereka kini menjadi cabaran utama untuk ditandingi para peminat sepanjang minggu perlumbaan.
Debaran bakal mencapai kemuncak pada 7 Oktober dengan Perlumbaan Simulator Kereta Speedster. Di mana 40 peserta terpantas sepanjang minggu akan kembali untuk satu perlumbaan penentuan terakhir. Daripada jumlah itu, 12 pelumba terbaik akan diberi peluang untuk berentap dengan Alex Yoong dan Minvern Kuah. Pemenang lelaki dan wanita terpantas masing-masing akan membawa pulang baucar adidas bernilai RM1,500.
Sorotan Acara Pop-Up adidas x Pasukan Formula Satu Mercedes-AMG PETRONAS