Formula 1 merupakan sukan permotoran berprestij dan berteknologi tinggi di dunia. Ia bukan sekadar perlumbaan, tetapi gabungan kecanggihan teknikal, ketahanan mental dan strategi pasukan yang luar biasa. Setiap musim, 20 pemandu daripada 10 pasukan terkemuka bertarung di litar-litar terkenal dunia seperti Monaco, Belgian, Britain, Austrian dan banyak lagi.
Pemandu Red Bull Racing, Max Verstappen terus mengukuhkan dominasinya dalam Formula 1 dengan prestasi luar biasa sepanjang musim 2025. Verstappen telah mencatat 4 kali kemenangan dunia – satu pencapaian yang menunjukkan tahap konsistensi dan kawalan luar biasa di atas litar. Verstappen kekal mendahului dalam carta kejuaraan dunia dengan strategi perlumbaannya yang terbaik menjadikannya sukar dicabar. Gaya pemanduannya yang agresif tetapi dikawal menjadikan setiap perlumbaan seperti miliknya.
Lando Norris telah berjaya meraih 2 kemenangan dan 6 podium di Grand Prix Austrian dan Britain meletakkannya di kedudukan tiga teratas dalam kejuaraan pemandu. Norris menunjukkan strategi luar biasa dalam perlumbaan dan sering mencatat masa yang kompetitif dalam sesi kelayakan. Keupayaannya untuk mengendalikan tekanan dan memberikan saingan kepada pelumba lain dan menjadikan Norris salah satu pesaing utama musim ini.
Charles Leclerc kembali dengan semangat baru pada 2025 setelah musim sebelumnya dilanda ketidakstabilan teknikal. Leclerc telah berjaya mencatat 2 kemenangan dan 5 podium, mengukuhkan kedudukannya sebagai tonggak utama Ferrari. Leclerc sering mencuri tumpuan dalam sesi kelayakan dengan kelajuan satu pusingan yang menakjubkan dan berjaya mengekalkannya dalam perlumbaan dengan strategi yang lebih baik.
7 kali juara dunia, Lewis Hamilton daripada pasukan Mercedes telah bertukar ke pasukan Ferrari membuktikan bahawa pengalaman dan kecekapan strategiknya masih memainkan peranan penting dalam F1. Di beberapa litar teknikal seperti Imola dan Hungaroring, Hamilton berjaya memanfaatkan peluang dan membuat pemilihan tayar yang bijak untuk meraih keputusan terbaik.
Dikenali dengan pendekatan taktikal dan pengurusan tayar yang cekap, George Russell membuktikan dirinya sebagai pelumba masa depan pasukan ini selepas era Hamilton. Walaupun belum meraih kemenangan pada musim ini, Russell telah mengutip 3 podium dan hampir setiap perlumbaan berakhir dalam Top 6. Prestasinya sangat konsisten dan dia sering menjadi sandaran Mercedes dalam mengutip mata penting.
Oscar Piastri semakin menunjukkan potensi besar sebagai bintang baru F1. Piastri telah meraih 2 podium dan beberapa kali bersaing rapat dengan pemandu satu pasukannya, Lando Norris. Piastri menunjukkan peningkatan ketara dari segi keyakinan dan prestasi terutama sekali dalam perlumbaan didalam hujan. Pencapaian ini mengukuhkan reputasinya sebagai salah seorang pelumba muda yang paling menjanjikan dalam grid.
Selepas 239 perlumbaan, Hülkenberg akhirnya meraih podium pertama di Silverstone yang menjadikannya pelumba paling banyak berlumba tanpa podium sebelum ini. Kini berada di tempat ke-9 dengan 37 mata. Hülkenberg jelas menyumbang kestabilan penting bgi Sauber. Pengalamannya membawa stabiliti kepada pasukan tengah grid dan membantu Sauber meraih mata lebih konsisten berbanding musim lalu.
Junior Mercedes berusia 18 tahun ini menunjukkan prestasi luar biasa dan membawanya ke podium di Sprint (China) dan telah mengumpul 63 mata dan tempat ke 7 dalam carta keseluruhan. Pencapaiannya mencerminkan potensi besar untuk masa depan F1. Gaya pemanduannya cenderung kepada kawalan yang halus tetapi pantas. Antonelli menunjukkan penguasaan teknikal luar biasa ketika menavigasi litar-litar mencabar.