
Vanguard menjadi edisi ikonik Franck Muller dalam menerajui dunia arloji bagi penciptaan berpanjangan. Meneruskan satu lagi era barunya, Vanguard berevolusi dengan kemodenan rekaan. Bekas Cintrée Curvex menjadi fokus pada penghasilan kali ini.
Terus mengekalkan lengkungan tonneau sebagai ciri istimewa jam tangan ini, Vanguard menemukan hayat barunya dengan terampilan berani yang dotafsir dalam pemilihan bekas keluli tahan karat V 43 yang diperhalusi penciptaannya.
Direka penuh fleksibiliti gaya sama ada untuk penataan formal sehingga kasual dan juga aktiviti lasak. Jam tangan ini bergerak dalam radar cukup dinamik dengan tekstur permukaan yang memantul cahaya pada setiap kali penggayaan siang dan malam.


Dengan seni pertukangan kreatif fan halus artisan jenama Franck Muller, angka appliqué dilukis dengan tangan. Perhatikan juga dengan teliti, set jarum timbul daripada reka bentuk geometri manakala bezel diperhalusi manik yang membingkai dail dengan gaya bersahaja.
Tersedia dalam lima pilihan warna—biru, kelabu, hijau, hitam dan coklat. Setiap satunya menyerlahkan personaliti pemakai. Apa yang membezakan dan istimewa adalah permukaan guilloché dengan kepekaa tekstur menangkap cahaya.
Pilihan tali kulit buaya yang dijahit tangan dengan bahagian bawah daripada getah untuk keselesaan dan ketahanan Vanguard dihasilkan dalam prinsip serba moden namun mengekalkan ciri-ciri istimewa yang cukup timeless.