November tahun ini menandakan satu fasa baharu buat jenama DJI dengan pengenalan rasmi Osmo Action 6. Dilancarkan terlebih dahulu di negara buatannya China, kamera aksi kompak seberat 149 gram ini hadir dengan reka bentuk yang dipertingkatkan mutunya serta teknologi yang jauh lebih berkuasa berbanding generasi sebelum ini. Segalanya untuk memudahkan penggunaan dan memberi pengalaman kepuasan lebih moden.
Osmo Action 6 menjadi kamera aksi pertama di dunia hadir dengan lensa apertur boleh ubah f/2.0–f/4.0, menggantikan sistem apertur tetap yang selama ini menjadi standard industri. Ia juga dipadankan bersama sensor 1/1.1 inci. Fitur ini menawarkan kawalan cahaya dan depth of field yang lebih tepat tanpa kebergantungan kepada ND filter.
Hasilnya, rakaman low-light lebih jelas, subjek yang diambil lebih berfokus dan setiap shot menjadi lebih konsisten pada apa jua kadar pencahayaan. Sensor segi empat tepatnya juga turut membolehkan rakaman horizontal atau vertikal tanpa cropping dilakukan. Ini sekali gus menjadikannya kamera aksi yang memahami keperluan pencipta kandungan masa kini.
Dari segi kemampuan, Osmo Action 6 tidak hanya sekadar menaik taraf fiturnya sahaja. Ia turut melonjak jauh ke depan dengan beberapa ciri berikut:
Sistem audio baharu yakni Osmo Audio membolehkan sambungan terus kepada dua mikrofon DJI sekali gus. Fitur ini merupakan satu ciri kelas profesional yang biasanya memerlukan aksesori tambahan tetapi tidak pada Osmo Action 6.
Daripada sudut pandang editorial, Osmo Action 6 terasa seperti produk yang akhirnya memecahkan kebuntuan inovasi dalam pasaran kamera aksi masa kini. Variable aperture yang disertakan bukan sekadar gimik semata-mata tetapi ia dilihat menjadi penyelesaian sebenar untuk masalah exposure dan ND filter yang selama ini membelenggu pengguna kamera aksi.
Selain itu, sensor lebih besar, storan dalaman 50GB dan kualiti paparan yang lebih cerah menjadikan kamera ini terasa matang. Hal ini bermaksud, ia tidak hanya versi yang diperbaharui daripada versi model Osmo Action sebelumnya.
Secara jujur, jika DJI terus mengekalkan harga seperti yang dijangka iaitu kira-kira (RM1,899–RM2,099) ini adalah kamera aksi kekinian yang terbaik pernah mereka hasilkan.
Harga jangkaan global: USD 379–399
Harga permulaan di China: RMB 2,998 (~USD 415)
Berbanding generasi sebelum ini:
Dengan kata lain, DJI kini memberi lebih banyak fitur teknologi tanpa menaikkan harga secara agresif.
Pelancaran global secara rasmi dijadualkan pada 18 November 2025.
Berdasarkan trend siri sebelumnya:
Harga Malaysia lazimnya berada sekitar RM1,899–RM2,099, bergantung pada set kombo.
Osmo Action 6 hadir dengan tambahan spesifikasi dan ia memperkenalkan pendekatan baharu terhadap rakaman harian aksi dan profesional. Dengan lensa apertur boleh ubah, sensor lebih besar dan fungsi fitur yang benar-benar memenuhi keperluan pencipta kandungan moden, DJI akhirnya memberi nilai tambah kepada pasaran kamera. Sesuatu yang terasa seperti langkah ke hadapan dan bukan sekadar alterasi.
Jika anda mencari kamera aksi yang kecil, fleksibel dan cukup pintar untuk menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan pada harga berpatutan, Osmo Action 6 adalah permulaan era baharu dalam kategori ini.