New York never sleeps, dan begitu juga dunia lelaki moden yang sentiasa bergerak, berkarya, dan berkongsi kisah. Sama ada anda di tengah hiruk-pikuk New York Fashion Week atau merakam vlog perjalanan di kafe Brooklyn, satu perkara pasti: suara anda perlu kedengaran sejelas gaya anda kelihatan. Termasuklah DJI Mic 3 iaitu mikrofon bersaiz poket yang membawa teknologi rakaman ke tahap baharu, dengan sentuhan elegan dan kecekapan tinggi yang sinonim dengan gaya hidup urban masa kini.
Kecil, Minimal, Serius Bergaya
Reka bentuknya yang kompak dan ringan membuatkan DJI Mic 3 hampir tidak kelihatan di bawah jaket kulit atau kemeja linen. Ia boleh disemat menggunakan klip atau magnet, menjadikannya alat rakaman paling bergaya yang anda takkan rasa anda sedang pakai.
Dalam dunia di mana stail sama penting dengan suara, DJI Mic 3 membuktikan bahawa teknologi juga boleh punya gaya. Ia tidak hanya berfungsi, tetapi ia melengkapkan estetika lelaki moden.
Audio Sekelas Studio, Di Mana-Mana Saja
DJI Mic 3 hadir dengan Kawalan Gain Adaptif, menyesuaikan bunyi secara automatik mengikut persekitaran. Dari studio yang sunyi hinggalah jalanan yang sibuk.
Ia menampilkan tiga tetapan suara iaitu Regular, Rich, dan Bright. Ini membolehkan anda memilih ton yang paling menonjolkan karakter anda. Mahu bunyi dalam dan maskulin? Pilih Rich. Mahu nada cerah dan jernih untuk vlog? Bright adalah pilihan sempurna.
Tambah pula fungsi pembatalan bunyi dua tahap. Ini akan memastikan hanya suara anda yang didengari, bukan bukan hiruk-pikuk kesibukan kota metropolitan.
Direka Untuk Gaya Hidup Yang Sentiasa Bergerak
Mikrofon mini ini direka dengan fungsi sebenar dalam minda. Bekas pengecas pintar menyimpan dua pemancar dan satu penerima dengan kemas. Ia lengkap dengan ruang untuk aksesori seperti magnet dan penyesuai audio. Tiada wayar berserabut, tiada kekusutan, hanya gaya efisien yang sedia untuk beraksi bila-bila masa.
Kuasa bateri pula? 28 jam ketahanan dengan bekas pengecas. Cukup untuk satu hari penuh penggambaran, acara, dan rakaman tanpa gangguan. Dan jika anda mengeejar masa, hanya caj pantas 5 minit untuk memberikan tambahan 2 jam rakaman. That’s urban practicality!
Teknologi Bertemu Gaya Hidup
DJI Mic 3 bukan sekadar alat rakaman, ia sebahagian daripada ekosistem kreatif anda. Ia boleh disambungkan terus ke Osmo 360 serta Osmo Action 5 Pro. Atau telefon pintar anda melalui Bluetooth tanpa perlu penerima tambahan. Kurang kabel, lebih kebebasan, lebih gaya.
Dan dengan fungsi 32-bit Float Recording, anda tidak perlu risau tentang tahap suara. Setiap butiran, dari bisikan lembut hingga gelak tawa kuat boleh dirakam dengan jelas. Ini menjadikan penyuntingan audio lebih mudah dan profesional.
DJI Mic 3 ialah simbol kesempurnaan moden. Antara prestasi dan estetika, antara teknologi dan gaya hidup. Ia bukan sekadar mikrofon, ia adalah pelengkap kepada naratif lelaki yang tahu apa yang dia mahu iaitu kejelasan, ketepatan, dan keyakinan.