LANGGAN

Pond Naravit, Phuwin Tangsakyuen, Gemini dan Fourth Nattawat Ajak Berlibur Bersama Tommy Hilfiger!

Pond, Phuwin, Gemini & Fourth bercuti bersama TOMMY HILFIGER!
Published: November 25, 2025
pond

Kedesaan tenteram, bertemasya untuk menyenangi rasa senang seraya melepaskan lelah. Pertemuan semula disatukan kala berlibur, lantas menajamkan keterujaan. Untuk menguatkan rasa semangat itu, buat kali ketiga, Tommy Hilfiger menghimpunkan semula bintang-bintang Thailand – Pond Naravit, Puhwin Tangsakyuen, Gemini dan Fourth Nattawat – bagi menyempurnakan visual kempen sempena musim Holiday 2025 ‘A Hilfiger Holiday’ ini!

‘A Hilfiger Holiday’ dipandu dengan perspektif latar belakang percutian di desa, Pond, Phuwin, Gemini dan Fourth menggayakan rekaan-rekaan bertemakan musim dingin yang digabungkan bersama citra kehalusan tailoring. Penataan gaya mereka berempat juga berbancuh dengan sentuhan acuh tak acuh, namun menerbitkan star quality masing-masing. Apa yang tercerap adalah kerasaan kemeriahan, kemesraan dalam buana stylish. 

pond

Dengan pemikiran ini, himpunan musim Holiday 2025 daripada Tommy Hilfiger menghormati jati diri Americana. Ia terus membudayakan fesyen tradisional prep Amerika dengan kebaharuan di luar jangkaan. Jaket racing dan kot ladang mencerminkan kelainan kehalusan gaya yang rugged. Baju ragbi bercorak argil, kemeja Oxford serta jaket-jaket Ivy pula umpama merawat ingatan kita kepada aspek kekolejan. Tommy Hilfiger turut tidak menyisi tenaga gaya athleisure, menerokai rekaan-rekaan seperti ceraian material kapas, kemeja polo serta kardigan. Tambahan pula, kasut-kasut sarung dan topi menjadi aksesori utama musim ini. 

pond

Jelas Pond, “Musim percutian adalah tentang mengaitkan hubungan, meraikan insan-insan tersayang serta detik-detik terpenting. Kempen ini berjaya ‘menangkap’ semangat tersebut dengan gabungan signature Tommy Hilfiger.” 

pond

“Saya sentiasa mengagumi kehebatan Tommy Hilfiger dalam memelihara gaya Amerika yang tak usang dek zaman, namun dimadukan bersama sentuhan gaya moden dan effortless. Menjadi peranan utama dalam kempen ini umpama merayakan ia dengan teman-teman, penuh gelak tawa dan membangkitkan rasa kebersamaan yang kuat,” ujar Fouth. 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down