Melewati pasaran perfileman tempatan sejak usia belasan tahun, Kahoe antara bakat lakonan yang betah dalam pasang surut dunia showbiz yang beragam. Hari ini dia dewasa tidak hanya di lapangan kerjaya tetapi menjalani kehidupan dengan arah hidup yang lebih jelas.
'Talentime' menjadi kemunculan perdana Kahoe dalam dunia perfileman tempatan. Pada usia 14 tahun bersama didikan pengarah prolifik, Yasmin Ahmad dia tidak hanya membentuk bakat tetapi disiplin kerja yang cukup tinggi, keyakinan di depan kamera dan arah yang jelas untuk dia tujui. “Saya masih ingat kali pertama bekerja bersama dengan arwah Yasmin menerusi iklan Silkygirl. Itu permulaan untuk saya mengembangkan karier saya dalam bidang perfileman.”
Hari ini Kahoe dewasa dalam menyeimbangi keperluan untuk dia merangka perjalanan seninya. Dia mengakhiri tahun ini dan mengawali tahun 2026 dengan fokus membuat lebih banyak lagi terampilan dalam filem yang berteras cerita, watak dan pengalaman yang akan memberinya lebih ilmu untuk dibawa bagi satu lagi hayat seni lakon yang panjang.

ELLE Men: 2025 sudah hampir berhujung, untuk Kahoe sendiri pengalaman terbaik sepanjang tahun ini?
Kahoe: Bagi saya antara yang terbaik tahun ini adalah penglibatan dalam filem ‘Badak’ yang saya lakonkan bersama Shaheizy Sam. Filem ini istimewa bagi saya kerana ia ada jalan ceritanya yang cukup tersendiri. Tentang kasih sayang dan pada masa yang sama sangat kuat dengan nilai kemanusiaan. Baru saja habis tayangan di Singapura dan saya berharap filem ini akan pergi lebih jauh untuk ditayangkan di negara lain pula.
EM: Kalau dilihat semula perjalanan untuk tahun ini apa pelajaran terbaik yang Kahoe kutip sebagai pelakon juga sebagai individu amnya?
K: Tentang persahabatan. Saya mula realize yang saya banyak mendapat inspirasi dan semangat daripada kawan-kawan. Dikelilingi dengan individu-individu yang memberi dorongan dan penuh sokongan itu hal sangat begitu saya hargai. Support system is very important, kadang-kadang kita tak nampak potensi yang kita ada untuk push diri kita ke tahap satu yang kita tak pernah sangka kita mampu lakukan tapi orang sekeliling yang nampak hal ini.
EM: Sebagai seorang yang sudah lama dalam bidang lakonan, how do you see yourself now compared to masa mula-mula Kahoe start dulu?
K: Kalau dilihat kerjaya saya sentiasa ada turun naik. Tiga empat tahun kebelakangan ini saya lihat satu transisi kerjaya yang lebih baik dan lebih fokus. Saya banyak terlibat dalam pembikinan filem dan tak lama lagi saya akan masuk ke set lokasi untuk sebuah lagi filem baru. Banyak hal yang berkembang dan buat saya faham bagaimana mahu merencana kerjaya.


EM: Kahoe banyak buat projek indie juga. Bagaimana Kahoe menemukan keseimbangan antara projek mainstream dan indie?
K: Tak senang sebenarnya to find the balance sebab kedua-duanya datang dengan expectation berbeza, cara kerja berbeza dan tenaga kerja yang berbeza. Projek indie memberi saya kebebasan dalam merangka watak yang diberi dan banyak hal yang boleh menjadi eksperimentasi lakonanan. Beza dengan filem komersial obviously ada certain rules yang kita kena follow. Setiap pengarah ada cara berbeza tapi saya banyak meneroka gaya lakonan berbeza dalam projek indie sebenarnya.
EM: Disiplin bekerja seorang Kahoe itu sendiri bagaimana?
K: Sebelum memulakan apa-apa projek, saya akan pastikan kesihatan saya berada dalam keadaan paling baik. Kena adjust sleeping pattern dan kena cukup rehat. Sentiasa persiapkan diri but don’t over prep sebab saya pernah buat big stack of notes from all the films I did and I realize that I am rewriting the scene. Tapi sekarang I don't do that anymore - I just study and understand the character terus ke set penggambaran sebab I realize bila you masuk dekat set it’s a different story.
Different acting partners will give you different energy so you have to play around. Saya belajar penting untuk persiapkan diri sebelum masuk set penggambaran tetapi penting juga untuk persiapkan diri untuk bawa diri dengan situation yang boleh jadi berbeza dengan apa yang kita dah persiapkan lebih awal.
EM: Okey kita berbicara tentang risiko kerja. Apa risiko paling besar yang Kahoe pernah ambil untuk mencabar diri sebagai pelakon?
K: Ketika saya terlibat dengan projek filem indie ‘Fish Balls’ arahan Anwar Johari Ho. Untuk menjayakan watak dalam filem tersebut saya tak makan for weeks, just water. Empat hari penggambaran yang memberi pengalaman berbeza. Saya tak banyak dialog tetapi banyak bermain emosi dan expression untuk sampaikan cerita.
EM: Lama dalam pelantaran showbiz tempatan, siapa individu penting yang membentuk Kahoe hari ini?
K: Definitely Yasmin Ahmad. Sebelum mengenal arwah Yasmin, saya ialah Kahoe yang berbeza. Dia menjadi individu yang sangat penting membentuk dan memberi impak besar untuk saya membentuk karier dalam bidang ini. Selain itu, saya harus berterima kasih kepada pengurus saya dan pengarah ‘Badak’ iaitu Raihan Halim yang banyak berkongsi input tentang lakonan, pengarahan dan hal-hal lain tentang kehidupan. Mereka adalah tiga individu penting yang membentuk saya hari ini.
EM: Bercakap tentang Yasmin Ahmad, apa yang dia tinggalkan untuk Kahoe?
K: Dia mengajar saya tentang kemanusiaan. Kata-kata dia yang sentiasa saya pegang dan ingat adalah “We breathe the same air, we all taste pretty much the same and the greatest thing in our life is actually god.” She’s the truly human dan dia buat saya percaya tiga benda - love, patience and respect adalah kunci kepada satu kehidupan yang lebih baik dan harmoni. Cara dia melayan semua orang sama, tidak kiralah pekerja dekat mamak, dekat set penggambaran atau sesiapa sahaja. I’m not perfect but I have learned a lot from her.
*Baca temu bual penuh menerusi ELLE Men isu Disember / Januari 2026 di pasaran