Temu bual bersama Fitri Farok bermula dengan dia yang tiba ke set pagi itu menyatakan keterujaannya dapat bergandingan seiring rakan-rakannya dalam satu set penggambaran. Baginya momen berjumpa mereka yang sefrekuensi itu akan sentiasa menjadi ruang menyeronokkan sebagai saat meluangkan masa bersama individu yang memahami luhur dunia lakonan kreatif yang sama.
Mengikut jejak bakat seni lakonan daripada pelakon veteran Normah Damanhuri yang juga nendanya sendiri, Fitri yang pernah memenangi tempat kedua Hero Remaja 2023 itu berhasrat untuk mengembangkan lagi bakatnya dalam dunia seni lakonan tahun hadapan. Baginya setiap tawaran yang datang menjadi rezeki dan ruang buat dirinya mengembangkan lagi potensi di samping untuk mengenali lebih ramai orang dalam industri.

ELLE Men: Menutup tirai 2025, apakah pencapaian paling membanggakan tahun ini?
Fitri Farok: Tahun ini saya berjaya terlibat untuk berlakon dalam tiga drama dan ketiga-tiganya keluar dalam timeline yang back to back. Antaranya drama 'Seoul Cinta' yang sedang ditayangkan sekarang. Tidak salah menyatakan karier lakonan saya tahun ini semakin berkembang dan banyak belajar benda baru. Saya juga gembira dapat berkenalan dengan ramai lagi orang kreatif dalam industri.
EM: Ilmu terbaik yang Fitri kutip tahun ini sebagai sebuah pelajaran hidup?
FF: Sentiasa ada mindset positif dan don't judge a book by its cover. Dalam hidup ini, kita tidak boleh hentikan apa yang orang hendak kata. Just keep moving forward.
EM: Bagaimana Fitri melihat diri hari ini berbanding ketika awal berkecimpung dalam bidang ini?
FF: Sebelum mula masuk ke industri ini saya sememangnya nerd, pemalu dan introvert. Tanyalah sesiapa sahaja yang mengenali saya semua akan menyatakan perkara sama. Saya suka buat hal sendiri dan waktu belajar dahulu juga suka buat hal sendiri.
EM: Kongsikan disiplin kerja sebagai seorang anak seni.
FF: Saya akan memastikan beberapa aspek terjaga seperti fizikal, emosi, religion dan learning. Saya akan mendisiplinkan diri ke gimnasium dan tahun ini juga saya sudah mula belajar Muay Thai. Emosi pula saya akan memastikan hubungan saya dengan keluarga dan kawan-kawan sentiasa baik, lebih-lebih lagi apabila sudah mula rasa burnout dengan kerja. Kemudian aspek religion saya akan memastikan semua ibadat wajib saya dilengkapi secukupnya. Manakala aspek learning tahun ini saya sentiasa penuhi waktu hujung minggu atau mana-mana waktu lapang dengan pelbagai jenis kelas untuk berjumpa ramai lagi cikgu yang boleh mengajar saya menjiwai dunia lakonan serta watak daripada pelbagai perspektif fikir.
EM: Risiko terbesar pernah anda ambil dalam kerjaya dan apakah penghasilannya?
FF: Perkara terbesar sudah tentu apabila saya menjadi lead male actor untuk dua drama dan satu lagi drama sebagai second lead. Sebelum ini saya sering teragak-agak melakonkan watak apabila mendapat tawaran dan ada ketakutan namun saya percaya rezeki. Saya tahu kalau saya tidak mencuba sekarang, entah bila lagi tawaran yang sama akan datang.


EM: Siapa individu atau pelakon yang selalu menjadi rujukan Fitri selama ini?
FF: Saya banyak merujuk lakonan aktor seperti Shaheizy Sam, Zul Ariffin, Adi Putra dan banyak lagi figura industri. Bagi saya mereka ini mempunyai passion dalam lakonan yang sukar digambarkan. Shaheizy Sam sangat transformatif, dia sanggup mengubah bentuk badan bagi menjadikan watak karakter itu menjadi. Berbeza dengan Zul Ariffin yang sangat manly namun cukup mudah sebenarnya berjenaka dan Adi Putra pula dengan lakonannya yang sentiasa maskulin dan vibes dibawa yang karismatik.
EM: Kalau dalam keluarga sendiri?
FF: Kalau harus sebut satu nama yang sangat penting dalam keluarga sendiri sudah tentu bukan orang lain lagi. Saya pasti sebut nama nenda saya Normah Damanhuri. Dia legend. Dia juga selalu kenalkan saya dengan kawan-kawannya yang juga legend dalam industri seperti Ellie Suriaty dan Mas Idayu. Setiap kali jumpa kawan-kawan nenda, saya memang malu yang teramat sangat tetapi saya perlu bercakap dengan mereka untuk mengenali dan gali pengalaman yang ada.
EM: Nilai atau prinsip yang sentiasa dipegang dalam membawa watak yang diberikan?
FF: Sebelum memulakan mana-mana projek, saya suka merujuk kepada acting coach saya terlebih dahulu kerana saya tahu saya masih baru dalam industri. Prinsip saya untuk benar-benar memahami setiap watak yang diberikan. Biasanya saya akan membaca skrip atau dialog berulang kali. Kemudian, saya akan mula membuat sebuah playlist lagu khas untuk membantu saya menyelami jiwa watak tersebut. Daripada playlist itu saya akan mendapatkan mood dan emosi yang diperlukan.
EM: Any career wish list?
FF: Watak psiko. Saya ingin cuba watak yang boleh bermain emosi dalam masa sama emosi watak itu sentiasa berubah-ubah, jadi saya boleh belajar banyak perkara. Sekarang saya kerap masuk pelbagai jenis kelas. Ada ke kelas lakonan dan di setiap kelas akan belajar pelbagai perkara berbeza. Daripada situ saya boleh kenal ramai orang yang sebenarnya sangat-sangat berbakat.
EM: Best movie you watched this year and why?
FF: Tahun ini paling banyak saya menonton filem lakonan Brad Pitt. Salah satu wataknya yang saya rasa cukup menjadi ialah watak Tyler Durden dalam filem Fight Club. Saya juga sukakan karakter warrior dengan latar Roman Empire. Saya tahu agak sukar untuk industri filem kita di Malaysia menawarkan karakter sebegitu tetapi jika ada peluang untuk bawakan karakter dalam cerita sebegini tentu seronok.
EM: Siapa individu dalam industri yang anda sentiasa look forward to?
FF: Sukar untuk saya sebutkan nama tetapi kebanyakan pengarah yang saya sudah jumpa banyak membantu dalam perkongsian ilmu. Mereka memberi guide dan ada juga yang pernah marah tetapi saya tahu mereka marah bersebab dan untuk menjadikan saya pelakon lebih baik.
EM: Jika tidak menjadi diri anda sekarang, siapa anda hari ini?
FF: Selepas tamat ijazah perakaunan, saya sudah mula berkawan rapat dengan individu yang telah berada dalam industri. Melihat mereka ke set lakonan dan membaca skrip menyuntik minat saya dalam bidang ini. Selepas itu, sesi uji bakat Hero Remaja juga sedang bermula. Pada masa yang sama, saya sudah hampir bersedia untuk menjadi askar dengan ijazah yang ada. Bagi saya protecting your own country itu satu pengorbanan. Sebab itu saya sentiasa ingin bawakan watak-watak warrior.
EM: Azam tahun 2026?
FF: Paling utama adalah untuk be better in acting. Selain itu, saya juga ingin lebih aktif di media sosial jadi orang ramai di luar sana tahu apa yang saya buat. Pada masa sama saya mahu menjaga kesihatan diri serta mengekalkan hubungan lebih baik dengan orang sekeliling.
EM: Definisi lelaki hari ini menurut Fitri?
FF: Menjadi lelaki itu tidak segalanya tentang muscles, anger atau ego. Ia tentang seseorang lelaki itu mampu mengawal dirinya dalam apa jua tense situation. Sebagai lelaki, kita seharusnya menjadi kuat daripada segi pemikiran dan tindak-tanduk sendiri.