Pentas peragaan menjadi saksi, bersiaran mega melaungkan bakat milik pemain fesyen tempatan dalam himpunan nan tersendiri, dengan menampilkan bintang muda yang semakin meningkat naik, Fitri Farok.
Sapot Lokal! Bersempena dengan edisi Oktober/November 2025, ELLEMen Malaysia membawakan satu lembar fesyen istimewa yang membariskan rekaan-rekaan terbaharu daripada pereka-pereka fesyen Malaysia yang penuh bakat. Daripada Rizman Ruzaini kepada Masyadi Mansoor juga Kitwoo, masing-masing punya identiti serta keunikan yang tersendiri dalam mewarnai lanskap fesyen tanah air.

Jersi bola sepak corak houndstooth dan seluar pendek panel kontra daripada FAIRUZ RAMDAN X JONNIE’S BODEGA X UMBRO. Kasut logo dan pendan beg inspirasi haiwan daripada COACH

Ves multi-poket, kilt genggang dan tali leher genggang (diikat di pinggang), kesemuanya daripada ATELIER FITTON

Baju rekaan berlisu dan seluar jalur multi-warna daripada HATTA DOLMAT. Tali pinggang inspirasi kulit ular dan rantai milik penata gaya

Kemeja-t logo, kemeja jalur, jalur labuh dan seluar potongan lurus, kesemuanya daripada TACT AIRPORT. Beg kulit dan pendan beg inspirasi sayuran daripada COACH. Sandal daripada NAZIFI NASRI

Jaket material cable-tie dan seluar kilat perincian zip daripada MSYD

Seluar calitan warna dan jaket multi-material daripada TAGUWA RUWA. Jiperak polos dan but kulit milik penata gaya

Jaket blazer panel kontra daripada FAIRUZ RAMDAN X JONNIE’S BODEGA X UMBRO. Jiperak polos milik penata gaya

Baju, seluar pendek dan jaket, kesemuanya daripada KITWOO. But kulit milik penata gaya.

Kemeja jarang dan seluar corak monogram daripada RR BY RIZMAN RUZAINI

Baju turtleneck, seluar potongan lurus dan jaket labuh dwi-ton daripada ZAIMIZULKAFLI. Sandal daripada NAZIFI NASRI
Penyelaras & Penataan Gaya Muzammin Muzlan Arahan Seni Nabihah Nizam Dibantu Oleh Iera Nadzlim Pembantu Penataan Gaya Athirah Zahra Fotografi Edmund Lee / Hexa Production Studio Pembantu Fotografi Zane Chang Solekan Ayangkamell Dandanan Philex Chin Model Fitri Farok / The Models Lab KL Pelatih Amali Nuha Adam