Selepas 10 generasi inovasi, Google kini memperkenalkan Pixel 10, Pixel 10 Pro dan Pixel 10 Pro XL telefon pintar terbaru yang dikuasakan oleh cip Google Tensor G5 serta model AI terkini Gemini Nano. Gabungan ini menjadikan pengalaman penggunaan lebih peribadi, proaktif dan pintar berbanding sebelum ini.

Apa yang pasti, kesemua model Pixel 10 dikuasakan oleh cip Tensor G5 iaitu cip paling berkuasa daripada Google setakat ini. Ia memastikan aplikasi dibuka dengan pantas, pelayaran web lebih lancar dan ciri AI berfungsi terus pada peranti tanpa menjejaskan privasi pengguna.
Pixel 10 Series hadir dengan paparan yang cerah untuk penggunaan yang lebih jelas sehingga 3000 nits untuk Pixel 10 dan 3300 nits untuk model Pro. Selain itu, telefon ini juga dilengkapi bateri terbesar dalam sejarah Pixel. Bateri yang mampu bertahan lebih 30 jam penggunaan dan sesuai untuk gaya hidup aktif seharian.
Bagi model Pixel 10 Pro dan Pro XL, pengguna turut menikmati pengecasan berwayar lebih pantas serta Pixelsnap iaitu sistem pengecasan tanpa wayar terbina berasaskan Qi2 magnetik.
Pixel 10 Series menawarkan sistem kamera tercanggih Google setakat ini dan disokong oleh AI:
Pixel 10 Series dilengkapi pelbagai ciri AI yang menjimatkan masa:
Semua model Pixel 10 menerima ciri AI ini tanpa pengecualian.
Pixel 10 dibina dengan bahan kitar semula tertinggi dalam sejarah Pixel. Ia direka lebih tahan lasak terhadap jatuhan, calar, air dan habuk. Google turut menjanjikan 7 tahun kemas kini sistem, keselamatan dan Pixel Drops menjadikannya pelaburan jangka panjang yang berbaloi.
