Tidak semua lelaki dilahirkan dengan skrip romantik di tangan. Ada yang mahu meraikan Hari Kekasih dengan istimewa tetapi buntu memikirkan lokasi, suasana dan momen yang benar-benar meninggalkan kesan. Jika anda perlukan idea yang praktikal dan masih ada sentuhan romantik, ini adalah lima inspirasi berasaskan filem yang mudah dilakukan dan tetap memberi impak.
Seperti babak ‘Me Before You’ di konsert orkestra, suasana elegan dan muzik yang menyentuh jiwa mencipta momen intim. Untuk Hari Kekasih, anda tidak perlu jadi pakar muzik klasik, sama ada jazz lounge atau live acoustic, sudah cukup untuk dinikmati bersama teman wanita.
Sukar untuk melupakan babak ikonik Noah dan Allie mendayung bot di tasik yang dipenuhi itik tasik. Momen yang tenang dan sangat sesuai untuk mendalami perasaan masing-masing. Jika anda tinggal berhampiran tasik atau sungai, anda boleh menyewa bot kecil untuk jadikan pengalaman ini berbeza daripada rutin biasa.

Adegan Peter dan Lara Jean yang berjanji untuk menonton 2 filem klasik iaitu ‘Fight Club’ dan ‘Sixteen Candles’ juga salah satu babak yang ikonik dalam dunia percintaan muda. Menonton filem bersama, berkongsi selimut dan ketawa pada adegan klise. Ia mengingatkan kita bahawa romantik tidak semestinya kompleks. Get comfortable, sediakan popcorn dan wujudkan suasana pawagam mini di rumah dengan filem klasik pilihan anda bersama!

Alex dan Rosie mungkin bukan pasangan, tapi persahabatan mereka memberi inspirasi. Nikmati momen sama dengan picnic di tepi pantai saat matahari terbenam—bawa tikar, makanan ringan, dan minuman kegemaran. Duduk menghadap laut, dan kongsi cerita tentang perjalanan hubungan anda.

Walaupun Pretty Woman terkenal dengan transformasi dan kemewahan, inti kisahnya adalah perubahan perspektif melalui komunikasi dan kehadiran. Pilih taman yang teduh dengan pokok besar, bawa dua buku novel kegemarannya atau yang boleh dibaca bergilir. Aktiviti ringkas ini membuka ruang untuk berhubung secara intelektual dan juga emosi.
