
Dalam dunia fesyen yang semakin pantas, gaya hari ini bukan lagi sekadar tentang penampilan. Ia tentang fungsi, fleksibiliti dan rasa yang selari dengan rutin harian. Di sinilah New Balance 1080v15 hadir sebagai satu pernyataan tenang: ringkas, versatil dan direka untuk bergerak bersama anda.
Hadir dalam rona hitam dan putih yang bersih, 1080v15 bukan sekadar basic sneaker. Mudah digayakan, namun tetap mempunyai karakter tersendiri. Siluetnya yang terukir kemas dan proporsinya yang seimbang memberikan sentuhan kontemporari pada gaya kasual, sama ada dipadankan dengan seluar tailoring longgar, wide-leg trousers, denim klasik mahupun helaian athleisure.

Di terasnya, teknologi Infinion Foam daripada New Balance menawarkan kusyen yang konsisten dan sokongan yang stabil. Setiap langkah terasa ringan dan responsif, menjadikannya pilihan ideal untuk morning commutes, ke mesyuarat tidak formal, mahupun hujung minggu yang aktif.
Tanpa elemen visual yang terlalu teknikal atau sporty, 1080v15 mengekalkan keseimbangan antara prestasi dan gaya memastikan keselesaan hadir tanpa mengorbankan estetika.
New Balance 1080v15 kini boleh didapati di butik New Balance seluruh negara serta secara online di newbalance.com.my pada harga RM829.