LANGGAN

Sembang Stail ELLE Men: Bersama Jason Tan, Pempengaruh Gaya Hidup Lokal Masa Kini

Bersama figura lokal, Jason Tan berbual seketika tentang stail peribadi!
Published: May 27, 2025

Siapa dia? Jason Tan. Seorang pempengaruh fesyen lokal dan gaya hidup yang namanya kian bertumbuh. Menjadi biji butir pencinta-pencinta fesyen lokal yang sudah mula memerhatikan keberadaannya di acara-acara tertentu. “Saya tidak pasti bagaimana saya boleh ‘terjun’ ke dalam lapangan fesyen dan gaya hidup. Saya memuat naik kandungan-kandungan ootd saya di media sosial dan daripada situ, ia mula mendapat perhatian,” kongsi Jason.

Jason tan
Gambar ihsan Jason Tan

Bukan hanya seorang pencipta kandungan sahaja, Jason juga merupakan seorang fotografer, videographer dan pemilik studio penerbitan yakni Nero Studio. Bertunas daripada Ligat beraksi dalam menghasilkan kandungan, Jason aktif bekerjasama dengan jenama-jenama fesyen seperti Tommy Hilfiger, Lacoste, Adidas dan banyak lagi. 

Sembang Stail Bersama Jason Tan

Jason tan
Gambar ihsan Jason Tan

Tiga item fesyen yang you can’t live without dan kenapa?

Saya akan memilih oversized hoodie, seluar labuh dan singlet putih. Kenapa saya memilih tiga item ini? Mudah untuk suai padan, senang untuk digayakan denga napa sahaja ceraian dan yang penting, kesemuanya sangat menyelesakan! Tambahan pula, saya seorang yang minimal.

Bagaimana anda menggambarkan gaya peribadi seorang ‘Jason Tan’?

Effortless, clean fit and minimal. Saya kurang gemar menggayakan helaian yang ada logo menjerit’ atau logomania. Dan saya sejenis yang tidak kira apa sahaja jenamanya dan tidak terlalu memilih. 

Jenama fesyen high end yang menjadi kegemaran semasa?

Saya suka jenama Loro Piana kerana ada aura old money fashion. Oh, saya juga menyukai jenama APC kerana ada aspek ‘quiet luxury’ padanya. Bayangkan, jika boleh menggabungkan kedua-dua jenama ini dalam satu penggayaan. 

Siapa ilham fesyen anda dan mempengaruhi gaya peribadi?

Saya mengagumi gaya Youtuber asal United Kingdom yakni Daniel Simmons. Dia adalah ikon stail saya! Saya juga menggemari estetika yang ditampilkan oleh Demna Gvasalia (yang kini menjadi Pengarah Kreatif Gucci).

Jason tan
Gambar ihsan Jason Tan

Bagaimana anda menyeimbangkan suatu penampilan?

Harus kenal identiti stail sendiri. Tahu gaya anda, tahu apa yang cocok dengan diri. Lantas ia membuka minda anda untuk menjadi biasa dalam mengatur gaya peribadi. Secara tidak langsung, membuatkan anda selesa dengan tubuh sendiri juga. Contohnya, kerana saya sukakan simplicity, adakalanya saya tidak kisah sekadarkan cuma pakai kemeja T senteng daripada jenama COS dan padankan bersama sandal daripada Birkenstock.

Menyentuh tentang grooming pula. Apakah produk grooming yang menjadi ketaasuban anda?

Krim pelindung matahari. Sedari remaja, saya tidak pernah menggunakan ia. Bila menginjak dewasa, saya sudah membiasakan diri menyapu pelindung matahari pada kulit dan sedar bahawa it was a life changing experience. 

Apakah caranya untuk tidak mengepal erat gaya peribadi?

Tidak salah rasanya untuk mengikut, malah merujuk pencipta-pencipta kandungan yang berteraskan fesyen dan gaya hidup. Apalagi zaman sekarang semakin meluas dan tiada perbatasan untuk memilih siapa yang kita mahu ‘ikut’ sebagai ikon stail. Baik selebriti, mahupun pempengaruh media sosial. Terpulang. 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down