LANGGAN

Volvo Mendefinisikan 'Selamat' Menjelang Perayaan

Daripada ucapan perayaan kepada gerakan untuk sama-sama menyelamatkan nyawa.
Published: March 19, 2026

Menjelang Hari Raya, satu perkataan yang paling kerap kita dengar ialah 'Selamat'. Ia bukan hanya ucapan yang lazim dilafaz dari bibir ke bibir, dalam masa sama ia adalah doa, harapan dan tanda kasih sayang. Namun, dalam kesibukan kita membuat persiapan pulang ke kampung, adakah makna sebenar perkataan ini masih kita hayati. Selamat oleh Volvo digunakan dalam slogan dan kempen mereka untuk membawa mesej gembira atau meriah.

Ia turut membawa erti dilindungi daripada bahaya, sampai ke destinasi dengan selamat dan memastikan orang tersayang sentiasa terjaga. Lebih-lebih lagi ketika musim perayaan apabila lebuh raya dipenuhi kenderaan dan risiko kemalangan meningkat dengan ketara.

Statistik keselamatan jalan raya menjadi peringatan yang tidak boleh diabaikan. Ribuan nyawa terkorban setiap tahund an yang lebih membimbangkan, kemalangan jalan raya merupakan antara punca utama kematian dalam kalangan golongan muda. Dalam konteks ini, ucapan “Selamat Hari Raya” seharusnya menjangkaui sekadar ucapan tradisi, ia perlu diterjemahkan kepada tindakan sebenar yang menjaga keselamatan.

Penakrifan Dengan Mesej Keselamatan

Menyedari hakikat ini, Volvo Car Malaysia mengambil pendekatan berbeza sempena Aidilfitri. Mereka mengangkat semula makna 'Selamat' dengan mengubahnya daripada sekadar ucapan kepada satu mesej kesedaran. Melalui platform digital dan interaksi di media sosial, ucapan Raya dijadikan peringatan aktif agar semua pengguna jalan raya lebih berwaspada.

Fokus utama kempen ini adalah kepada satu tabiat yang sering dipandang ringan. Bermula daripada pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk belakang. Walaupun sudah diwajibkan sejak sekian lama, kadar penggunaannya masih rendah. Hakikatnya, kelalaian kecil ini boleh membawa akibat besar, terutamanya apabila melibatkan ahli keluarga dan insan tersayang.

Dengan jutaan rakyat Malaysia akan pulang ke kampung halaman, mesejnya jelas, ambil sedikit masa sebelum memulakan perjalanan. Pastikan setiap penumpang, termasuk di bahagian belakang, memakai tali pinggang keledar dengan betul. Langkah mudah ini mampu menyelamatkan nyawa.

Akhirnya, makna sebenar 'Selamat' terletak pada tindakan kita. Tahun ini, Volvo Car ingin menyatakan bahawa biarlah ucapan yang kita lafazkan benar-benar membawa makna. Bukan sahaja di bibir, tetapi juga dalam setiap perjalanan yang kita tempuhi.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down