LANGGAN

Kempen Selamat Driving Experience Bersama Volvo

Mendidik semula budaya pemanduan yang ‘Selamat’
Published: May 18, 2026

Di Malaysia, budaya pemanduan sering dibentuk oleh rutin harian yang pantas dan rasa terlalu biasa berada di jalan raya. Lampu isyarat yang diabaikan, tabiat menggunakan telefon ketika memandu atau kecenderungan memandu terlalu rapat seolah-olah menjadi norma yang diterima tanpa banyak persoalan. Namun hakikatnya, kebanyakan kemalangan serius berlaku bukan kerana kelajuan semata-mata tetapi akibat keputusan kecil yang dibuat dalam beberapa saat. Dari sinilah Volvo Car Malaysia melihat keperluan untuk mengubah semula cara masyarakat memahami keselamatan jalan raya menerusi Selamat Driving Experience.

Program ini bukan sekadar acara pemanduan biasa, sebaliknya satu usaha untuk mengubah cara masyarakat melihat keselamatan jalan raya. Dalam konteks Malaysia yang masih berdepan angka kemalangan dan kematian jalan raya yang membimbangkan, pendekatan ini hadir sebagai satu peringatan bahawa keselamatan bukan hanya tentang teknologi dalam kereta tetapi juga tentang sikap, kesedaran dan tanggungjawab bersama.

Keselamatan Bukan Lagi Sekadar ‘Spesifikasi’

Kempen ‘Selamat’ yang diperkenalkan Volvo Car Malaysia sejak awal tahun ini cuba membawa naratif yang lebih manusiawi terhadap isu keselamatan. Ia tidak lagi dipersembahkan sebagai angka teknikal dalam brosur produk tetapi sebagai sesuatu yang mempunyai kesan langsung terhadap kehidupan sebenar.

Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia, sebanyak 4,428 kematian berkaitan pengangkutan direkodkan sepanjang tahun 2024 dan majoriti mangsa berusia antara 15 hingga 40 tahun. Angka ini bukan sekadar statistik tetapi mewakili kehilangan yang memberi kesan besar kepada keluarga, komuniti dan masa depan generasi muda.

Melalui Selamat Driving Experience, Volvo cuba membawa peserta memahami bagaimana situasi di jalan raya boleh berubah dalam sekelip mata. Ramai pemandu mungkin tidak pernah berhadapan dengan situasi kecemasan sebenar, menyebabkan wujud rasa terlalu yakin ketika memandu. Dalam banyak keadaan, tabiat buruk di jalan raya lahir daripada rasa selesa yang berlebihan.

Pengalaman Simulasi Dalam Persekitaran Terkawal

Antara fokus utama pengalaman ini termasuk demonstrasi Safe Space Technology. Sistem keselamatan terkini Volvo yang menggunakan data dunia sebenar dan kecerdasan buatan bagi mengesan serta mengurangkan potensi bahaya sebelum ia berlaku.

Apa yang menjadikan pendekatan ini lebih relevan ialah bagaimana teknologi tersebut diterjemahkan dalam situasi harian yang dekat dengan pengalaman pemandu biasa. Ia mengingatkan bahawa di sebalik setiap ciri keselamatan, terdapat kemungkinan nyawa yang dapat diselamatkan.

Mengubah Budaya Pemanduan Malaysia

Selamat Driving Experience mempperlihatkan bagaimana jenama automotif kini cuba memainkan peranan yang lebih besar. Lebih daripada sekadar aktiviti automotif, ia juga membentuk budaya pemanduan yang lebih bertaanggungjawab.

Program seperti ini secara tidak langsung membuka ruang untuk masyarakat melihat semula hubungan mereka dengan pemanduan harian. Bukan hanya sekadar rutin tetapi sebagai tanggungjawab yang melibatkan nyawa sendiri dan orang lain.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down