LANGGAN

Penciptaan Moden HydroConquest Longines

Hydroconquest bukti Longines terus komited dalam penghasilan jam tangan yang bermutu tinggi.
Published: March 26, 2026
Henry Cavill menyarung Hydroconquest yang baru

Teras sesebuah jenama itu sentiasa berakar pada penciptaan produk yang ditawarkan. Kualiti yang tidak perlu dipersoalkan, rekaan yang semakin bertumbuh mengikut peredaran zaman dan cerita warisan yang tinggi nilai sejarah menjadi faktor sesebuah jenama jam tangan itu diperakui. Ini yang dimiliki jenama asal Switzerland, Longines selama lebih dua abad menghasilkan jam tangan yang terbukti prestasi dan estetika penciptaan.

HydroConquest menjadi satu penciptaan penting jenama ini dalam menawan perhatian pengikut dunia arloji. Penciptaan klasik yang berbalut ilham kontemporai menjadi nadi untuk koleksi ini bernadi panjang sehingga kini. Hari ini, HydroConquest menemukan hayat barunya dengan penghasilan dua edisi tambahan yang terkini yang datang dalam dua saiz iaitu 39mm dan 42mm.

Buat pertama kalinya juga Longines membawakan versi baru Milanese Mesh yang disebut sebagai inovasi terulung koleksi ini. Ia mengungkap perjalanan baru penuh keterujaan yang memberi satu kelangsungan buat generasi baru koleksi ini sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 2007 kira-kira hampir dua dekad yang lalu. 

Sinonim dengan cerminan tersendiri Longines menjadi pembuat jam tangan yang menggabungkan fungsi, ketahanan dan rekaan menawan. Lebih istimewa kali ini ia dihasilkan dengan membawa semangat pengembaraan maritim yang cukup sporty dan pada masa yang sama berdaya untuk bergerak sebagai item mewah yang cukup elegan pabila dipakai.

Penciptaan moden Hydroconquest

Penciptaan Moden

Mengukuhkan identiti serta keupayaannya, HydroConquest yang baru diberi nafas baru dengan menampilkan model automatik yang tidak hanya datang dengan dua saiz baru tetapi juga menawarkan sesuatu yang lebih kontemporari dengan bekas keluli tahan karat yang memberi keseimbangan buat pemakai.

Dail baru direka semula lebih menawan dengan estetika menawan serta indeks tetapan yang bersalut Super-LumiNova bagi kejelasan yang lebih baik. Empat dail baru yang diperkenalkan dalam rona biru, hitam dan hijau - setiap satunya datang dengan daya tarikan visual. Varian sunray biru dengan tekstur bersadur mencipta satu permainan cahaya yang cukup memikat pada permukaannya.

Henry Cavill Generasi Kini Hydroconquest

Bersama duta global yang diumumkan tahun 2024, Henry Cavill koleksi HydroConquest dihidupkan penuh aura maskulin. Menerajui visi yang serupa Henry Cavill berkata “Koleksi jam tangan ini memberi satu prestij berbeza. Ia ringan dan cukup mentafsir definisi musim panas yang menyenangkan di persisiran pantai. Sebuah memori yang sinonim dengan keanggunan ilham Longines.”

Menerusi kempen terbaru ini Henry Cavill dibawa jauh ke Tenerife yang terletak Canary Island. Lagak aktor ini dirakam di sepanjang tepian pantai dengan laut serta langit yang membiru. Cerminan tepat pada versatiliti serta dualti yang menjadi teras penciptaan HydroConquest.


Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down