Jaeger-LeCoultre meneroka ilham penuh kreativiti dalam penghasilan jam tangan mewah dengan menampilkan dail bertekstur keemasan dengan kemasan matte. Apa yang dihasilkan kali ini adalah penciptaan yang cukup kontras bagi menyerlahkan penunjuk waktu dan indeks yang digilap dan dipasang secara manual.
Satu permainan tekstur yang turut diserlahkan oleh bekas jam yang digilap rapi dan gelang pautan Milanese, serta perincian hiasan — ukiran ilham sinar matahari pada pelindung dan tiga garisan berlapis yang menciptakan sesuatu yang elegan.
Di pergelangan tangan, jam ini menegaskan identiti visualnya yang kuat sambil menawarkan padanan yang sempurna. Gelang jam terasa licin, lembut dan beralun, serta terletak kemas berkat cangkuk gelongsor boleh laras yang direka untuk keselesaan maksimum.
Apabila bekas jam diterbalikkan, penutup belakang berwarna emas merah jambu menyerlahkan penampilan jam yang seakan aksesori barang kemas mewah. Pilihan diberi untuk pengguna sama ada untuk dibiarkan kosong atau dijadikan lebih istimewa dengan ukiran hiasan.