LANGGAN

Kualiti Optimum Made To Measure Daripada Giorgio Armani

Giorgio Armani menampilkan Made To Measure, mewujudkan pengalaman unik!
Published: March 30, 2026
Giorgio Armani

Cereka ‘American Gigolo’ menitipkan fantasi. Cereka arahan Paul Schrader ini mengusik pandangan audiens dengan aturan fantasi gaya Julian Kay (lakonan Richard Gere) dalam persalinan sut-sut rapi rekaan Giorgio Armani. Sehinggakan visual imej-imej watak tersebut bersimpan dalam ‘gedung khazanah’ sejarah fesyen.

Sampai ke sudah, rekaan-rekaan Giorgio Armani menjadi atribut signifikan ‘American Gigolo’. Lantas, meminjam hasrat kepada audiens lelaki untuk memiliki sut sebegitu rupa. Sementelahan, if its an Armani suit, masakan tidak mengecai kepercayaan pada kualiti sut Armani?

Giorgio Armani tidak pernah menggoyahkan posisinya sebagai peneraju dunia pakaian lelaki. Ia berdiri teguh sebagai simbol tafsiran baharu arketaip tailoring lelaki, memahami bahasa ‘badani’ pakaian lelaki dan tertumpu benar pada tradisi. Terapan inovasi meluarbiasakan ciptaan, lantas menghidupkan korelasi antara pemakai dan pakaian.

Giorgio Armani
Perkhidmatan Made to Measure membawa pengalaman fesyen eksklusif ke tahap baharu!

Sealiran senada dengan kehendak perubahan global, Giorgio Armani memperkenalkan perkhidmatan Made To Measure yang mencemerlangkan pengalaman unik dan bersifat peribadi untuk setiap pelanggan. Made To Measure menghidangkan kebebasan pelanggan untuk menyerasikan setiap aspek beriringan dengan cita rasa individu. 

Perkhidmatan istimewa ini punya haluan yang terisi capaian nikmat proses penciptaan untuk setiap pelanggan. Mereka berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada pemilihan fabrik sehinggalah ke perincian kecil seperti jenis butang serta rekaan lapel. Proses penentuan ini membenarkan pemakai-pemakai menyerlahkan personaliti distingtif menerusi rekaan sepasang sut. 

Ia menghimpun gerombolan pencinta sut tempahan khas. Terutamanya, golongan professional mahupun selebriti-selebriti berprofil tinggi yang sememangnya mendambakan ciptaan sut khas untuk diri sendiri!

Giorgio Armani

Pelanggan boleh memilih antara gaya kontemporari seperti garis Soho atau pendekatan klasik seperti Wall Street. Setiap rekaan disokong dengan teknik jahitan berkualiti tinggi, termasuk penggunaan bahan semula jadi yang memberikan ketahanan serta keselesaan maksimum.

Tambahan pula, proses tempahan ini direka untuk memenuhi jadual sibuk setiap pelanggan. Proses pengukuran dilakukan di butik dan sut boleh dihantar terus ke rumah atau ke pejabat. Malah, ukuran pelanggan disimpan untuk memudahkan tempahan seterusnya tanpa perlu hadir semula.

Topics:
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down