LANGGAN

Jiwa Hibrid Bersama OMODA C9 PHEV

Manifestasi diantara teknologi dan prestasi.
Published: April 24, 2026

Landskap automotif tempatan terus berevolusi dan kali ini, OMODA | JAECOO Malaysia melangkah lebih jauh dengan memperkenalkan model paling berkuasa dalam barisannya iaitu OMODA C9 PHEV. Dilancarkan secara rasmi di Kuala Lumpur, SUV coupe plug-in hybrid ini bukan sekadar tambahan baru tetapi satu pernyataan berani tentang masa depan mobiliti elektrik yang lebih sofistikated, berprestasi tinggi dan serba mewah.

Era Baru Prestasi Elektrifikasi

OMODA C9 PHEV hadir sebagai model pertama dalam segmennya yang menampilkan sistem tri-motor plug-in hybrid. Satu inovasi yang meletakkan penanda aras baru dari segi kejuruteraan dan prestasi. Gabungan enjin 1.5 liter turbocharged bersama tiga motor elektrik menghasilkan kuasa keseluruhan mencecah 395 kW dan 650 Nm tork, membolehkan pecutan 0 hingga 100 km/j dicapai dalam hanya 4.9 saat.

Namun, kehebatan model ini tidak terhenti pada angka semata-mata. Sistem Super Hybrid (SHS) yang digunakan memastikan peralihan antara mod elektrik penuh dan hibrid berlaku dengan lancar. Memberikan pengalaman pemanduan yang responsif tanpa mengorbankan kecekapan bahan api. Dengan penggunaan serendah 1.4L/100 km serta jarak pemanduan sehingga 1,100 km.

Rekaan Dinamik, Jiwa Premium

Dari sudut visual, OMODA C9 PHEV menampilkan siluet coupe SUV yang tegas dan moden. Garisan badan yang aerodinamik digabungkan dengan struktur casis yang kukuh, menghasilkan keseimbangan antara keselesaan dan kawalan dinamik.

Sistem suspensi pintar Continuous Damping Control (CDC) pula berfungsi secara adaptif, melaras tahap redaman sehingga 100 kali sesaat mengikut keadaan jalan. Sama ada dalam mod lembut untuk keselesaan atau mod keras untuk pemanduan lebih sporty. Memberi pengalaman memandu terasa lebih intuitif dan terkawal.

Teknologi Bertemu Kemewahan

Memasuki ruang dalaman, OMODA C9 PHEV membawa definisi baru terhadap kemewahan moden. Kemasan kulit premium, susun atur minimalis serta pencahayaan semula jadi melalui bumbung panoramik mencipta suasana yang tenang dan eksklusif.

Dari segi teknologi, paparan dwi-skrin 12.3 inci menguasai papan pemuka, disokong oleh sistem arahan suara pintar “Hello OMODA” dan integrasi Android Auto. Sistem audio Sony™ dengan 14 pembesar suara pula memberikan pengalaman bunyi yang imersif. Manakala paparan Head-Up Display memastikan maklumat penting sentiasa dalam garis pandang pemandu.

Keselesaan turut diberi keutamaan dengan tempat duduk berpengudaraan dan pemanas untuk kedua-dua barisan. Menjadikan setiap perjalanan yang menyenangkan sama ada jarak dekat atau jauh. 

Keselamatan Tanpa Kompromi

Selari dengan prestasinya, aspek keselamatan turut diperkukuhkan melalui sistem bantuan pemandu tahap 2.5 (ADAS). Daripada Adaptive Cruise Control hingga kepada Automatic Emergency Braking, setiap ciri direka untuk meningkatkan keyakinan di jalan raya.

Tambahan pula, sistem kamera 540-darjah memberikan pandangan menyeluruh persekitaran kenderaan. Satu kelebihan penting dalam situasi parkir atau ruang sempit. Dengan struktur badan yang menggunakan 85% keluli berkekuatan tinggi, model ini turut meraih penarafan 5 bintang Euro NCAP.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down