LANGGAN

5 Gajet Pintar Yang Akan Mengubah Cara Hidup Anda

Teknologi tidak pernah menunggu sesiapa dan anda juga tidak seharusnya tertinggal.
Published: May 25, 2025

Sama ada untuk meningkatkan produktiviti, mencapai matlamat kesihatan, atau memperhebat content digital anda, lima gajet ini bakal membantu anda kekal selangkah di hadapan.

Samsung Galaxy Ring

Sarungkan sahaja cincin ini dan anda terus selari dengan kesihatan diri tanpa perlu peranti besar seperti jam atau telefon pintar. Galaxy Ring hadir dalam saiz lima sehingga 14 dan seberat cincin biasa. Reka bentuknya yang ringkas dan berlekuk bukan saja tahan calar, tetapi juga cukup versatil untuk melengkapi apa jua gaya. Keistimewaan sebenar terletak pada integrasinya dengan Samsung Health dan Galaxy AI. Anda akan menerima ‘Energy Score’ harian yang diperibadikan berdasarkan corak tidur, kadar denyutan jantung dan aktiviti anda, lengkap dengan tip kesihatan serta penjejakan kitaran haid menerusi Natural Cycles. Tiada butang diperlukan, hanya pakai dan teruskan hari anda.

OPPO Watch X2

Gajet Pintar

Kombinasi prestij dan prestasi di pergelangan tangan anda, OPPO Watch X2 hadir sebagai aksesori pintar yang tidak mengecewakan. Dengan rangka keluli tahan karat dan bezel titanium mewah, jam ini bukan sahaja tampak eksklusif, malah cukup tahan lasak untuk kegunaan harian. Ciri-ciri kesihatannya juga tidak kurang hebat, termasuk pemantauan oksigen dalam darah dan imbasan kesihatan penuh hanya dalam 60 saat. Bateri mampu bertahan sehingga lima hari dalam Mod Pintar, atau sehingga 16 hari dalam Mod Jimat Kuasam, jadi anda tidak perlu sentiasa bergantung kepada pengecas.

SONY WH-1000XM6 Headphones

Mahukan ruang peribadi akustik tanpa gangguan? Sony XM6 headphones membawa teknologi noise cancellation ke tahap baharu dengan cip generasi terkini dan algoritma adaptif yang menyesuaikan diri secara real time. Sama ada anda sedang menjawab panggilan, mendegar muzik atau menonton filem, setiap butiran bunyi kekal jelas dan setajam rakaman studio. Direka hasil kerjasama bersama jurutera mastering profesional, headphones ini mengekalkan keaslian audio seperti yang dimahukan oleh artis. Keselesaan menjadi keutamaan dengan headband lebih lebar, pad telinga bebas tekanan dan balutan kulit vegan yang lembut di sentuhan. Reka bentuknya juga boleh dilipat memudahkan anda membawanya ke mana sahaja dengan praktikal.

Insta360 X5

Gajet Pintar

Ingin cipta content yang benar-benar menarik perhatian? Insta360 X5 merakam segalanya. Secara literal. Dengan rakaman 360° pada resolusi 8K yang menakjubkan, mod cahaya malap dipertingkatkan AI, serta binaan tahan lasak, kamera ini pasti tidak mengecewakan. Lensa kaca ultra tahan lasaknya boleh ditukar ganti dan kamera ini kalis air sehingga kedalaman 49 kaki. Jangkakan hayat bateri sehingga tiga jam, pelindung angin terbina untuk audio jelas, serta mod InstaFrame baharu yang menghasilkan video mendatar sedia dikongsi dan rakaman penuh 360° dalam satu tangkapan. Selesai merakam? Aplikasi Insta360 versi baharu memudahkan proses penyuntingan dengan pantas dan lancar.

Apple iPad Air Cip M3

Gajet Pintar

Sama ada untuk berkarya, belajar,atau bermain, produktiviti anda kini mendapat nafas baharu dengan Apple iPad Air berkuasa cip M3. Direka untuk mengikut rentak gaya hidup anda, iPad Air ditawarkan dalam dua pilihan paparan: ultra-portabel 11 inci atau skrin luas 13 inci. Keduanya hadir dalam empat kemasan elegan. Apabila digabungkan dengan Magic Keyboard dan Apple Pencil Pro baharu, iPad Air bertukar menjadi studio kreatif mudah alih yang lengkap. Dikuasakan oleh Apple Intelligence dan menjalankan iPadOS 18, ia menyokong pelbagai ciri AI generasi terbaru, daripada memperbaiki foto sehingga menjana nota visual secara pintar.

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down