Membawa aura moden, sofistikated dan karisma yang tersendiri, Jacob Elordi mewakili lelaki kontemporari yang bebas, penuh laras keyakinan dan tampil berkarakter. Bulan ini, tampilannya tepat terpilih sebagai digital cover yang mewarnai ELLE Men.

ELLE Men: Bagaimana keterujaannya terpilih sebagai duta baharu jenama BLEU DE CHANEL?
Jacob Elordi: BLEU DE CHANEL telah membina reputasi yang sangat baik dengan dunia perfileman di mana saya menceburinya. Para pengarah dan pelakon yang pernah bekerjasama dengan rumah fesyen ini sebelum saya lagi adalah barisan individu yang amat saya hormati dan kagumi. Menjadi salah seorang bahagian daripada kisah jenama ini merupakan satu penghormatan besar buat saya.
EM: Apakah yang paling menarik tentang jenama BLEU DE CHANEL, karakter, sejarah atau bau harumannya?
JE: Terdapat satu kehalusan seni pada haruman ini yang sangat saya hargai. Ia boleh difahami dan mudah dirasai tanpa perlu terikat dengan bauan yang terlalu menonjol. Ia juga tidak langsung berbau keterlaluan.

EM: Sebelum menjadi duta baharu jenama ini juga, adakah sebenarnya anda pernah menemui keserasian dengan BLEU DE CHANEL. Mungkin ada apa-apa memori atau cerita di sebaliknya?
JE: Haruman daripada jenama ini memang menonjol dan saya sangat menyukai rona biru pada botolnya. Ada sesuatu tarikan tentang warna biru gelap yang pekat seakan langit tengah malam. Banyak tentangnya yang menarik perhatian saya.
EM: Jadi bagaimana anda menggambarkan hubungan anda dengan haruman itu?
JE: Saya sebenarnya cepat tertarik kepada haruman yang terasa autentik dan tidak terlalu diproses atau seakan keterlaluan. Jika perlu memilih satu bau kegemaran saya, saya akan memilih bauan yang woody.
EM: Kempen baharu ini menandakan evolusi besar dalam pengarahan kreatif BLE de CHANEL, ia merupakan filem aksi pertama rumah fesyen ini. Apakah perasaan anda menjadi sebahagian daripadanya?
JE: Filem kempen baharu ini mengambil risiko besar dan dalam masa sama menerokai haruman daripada persepktif yang berbeza. Melalui filem-filemnya serta kerjasama dengan pengarah-pengarah berwawasan, CHANEL sentiasa meneraju sempadan kreativiti ke tahap yang lebih tinggi.


EM: Bolehkan kongsikan pengalaman penggambaran dengan BLEU DE CHANEL L’EXCLUSIF yang sedang berlangsung? Mungkin ada mana-mana momen paling diingati.
JE: Alfonso Cuarón dan saya sama-sama berminat untuk meneroka sebuah dunia filem yang berteraskan aksi. Jadi idea untuk mendekatkan kempen jenama ini dengan sebuah filem perisikan datang daripada beliau dan kedua-duanya selari. Kami meluangkan banyak masa untuk berlatih, membuat latihan rujukan dan menyempurnakan setiap perincian lakonan bersama. Pengalaman itu sangat memberi keterujaan.
EM: Ini merupakan kali pertama anda bekerjasama dengan Alfonso Cuarón. Bagaimana pengalaman tersebut pada anda?
JE: Sebagai peminat filem-filemnya, saya sudah lama minat kepada sisi sinematik Alfonso. Di set penggambaran, kami mengerjakan projek ini seolah-olah sedang menghasilkan sebuah filem cereka. Dia benar-benar seorang legenda dalam dunia perfileman yang saya sangat kagumi.

EM: Apakah cabaran terbesar anda lalui sepanjang penggambaran filem untuk kempan BLEU de CHANEL baharu ini?
JE: Kami menghabiskan beberapa hari untuk berlatih dan mengkaji koreografi pertarungan dan aksi, menyempurnakan setiap lompatan dan setiap gerak kerana keseluruhan kekuatan cerita filem ini bergantung kepada ketepatan bahasa tubuh.