Di sebalik dunia perniagaan dan penciptaan kandungan digital, Tim Tiah melihat peranan sebagai seorang bapa sebagai tanggungjawab paling bermakna dalam hidupnya. Dari rutin harian bersama anak-anak sehingga nilai merendah diri yang dipegang sejak kecil, beliau berkongsi sisi peribadi tentang keluarga, kehidupan dan makna sebenar kejayaan.

Tim Tiah: Saya seorang pencipta kandungan dan pada masa yang sama juga merupakan pengasas kepada Colony Coworking Space. Selain menguruskan perniagaan, saya juga seorang bapa kepada dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Ketika ini, jadual saya banyak tertumpu kepada penghasilan kandungan digital serta tanggungjawab sebagai seorang ayah yang bagi saya merupakan peranan paling penting dalam kehidupan seharian.
TT: Kedua-dua anak saya memanggil saya “Timmeh” — T.I.M.M.E.H. Mereka tidak menggunakan panggilan biasa seperti papa atau daddy. Nama itu sebenarnya datang daripada permainan Roblox kerana username saya di dalam permainan tersebut ialah “Timmeh”. Dari situlah mereka mula memanggil saya dengan nama itu dan ia kekal hingga hari ini.
TT: Saya berasal dari Pulau Pinang dan antara memori paling saya ingat ialah setiap hari Ahad, ayah saya pasti akan membawa saya ke Komtar untuk makan Taiwanese Beef Noodle sambil berjalan-jalan di sekitar kedai di sana. Ayah saya seorang yang sangat sibuk bekerja pada hari biasa. Pada waktu malam pula, selalunya saya sudah tidur kerana perlu ke sekolah keesokan harinya. Jadi, hari Ahad menjadi masa yang sangat bermakna untuk kami luangkan masa bersama.
TT: Bagi saya, momen paling bermakna sebenarnya datang daripada perkara-perkara sederhana yang kami lakukan bersama setiap hari seperti makan bersama, keluar membeli-belah atau sekadar meluangkan masa bersama-sama.
Saya cuba memahami apa yang diminati oleh anak-anak saya. Contohnya, anak lelaki saya sangat meminati jam tangan, jadi saya sering membawanya melihat koleksi jam. Kami juga gemar melakukan aktiviti keluarga seperti bercuti dan snowboarding bersama. Selain itu, setiap malam saya masih akan menemani mereka sehingga tertidur, walaupun anak lelaki saya kini berusia 13 tahun dan anak perempuan saya pula 11 tahun. Itu antara rutin kecil yang sangat saya hargai sebagai seorang ayah.
TT: Saya rasa setiap generasi ibu bapa sentiasa berusaha untuk menjadi parent yang terbaik buat anak-anak mereka. Namun, hakikatnya ia bukan sesuatu yang mudah. Sebagai ibu bapa, kita perlu memahami apa yang anak-anak perlukan dan apa yang mereka sedang lalui. Dalam masa sama, kita sendiri juga berdepan dengan pelbagai emosi, tekanan hidup dan cabaran harian. Jadi, untuk sentiasa tenang dan sabar dalam mendidik anak-anak memang sangat mencabar. Dalam keluarga kami, hubungan itu juga tidak terlalu bersifat hierarki. Saya, isteri dan anak-anak lebih seperti rakan baik yang berbeza usia. Kami banyak berbual, bergurau dan berkongsi perkara bersama sebagai sebuah keluarga.
TT: Saya rasa ia akan menjadi sebuah filem komedi kerana kami memang suka membuat satu sama lain ketawa. Sama ada di rumah, di sekolah atau ketika bersama keluarga, suasana kami memang penuh dengan jenaka. Mungkin sedikit seperti siri televisyen Modern Family yang sangat diminati oleh anak-anak saya. Kami memang jenis keluarga yang suka bergurau dan menceriakan suasana.
TT: Sejujurnya, saya tidak melihat diri saya sebagai ‘kapten’ dalam keluarga. Saya dan isteri lebih percaya kepada konsep melakukan segalanya bersama-sama. Tidak pernah wujud soal 50-50 atau siapa lebih banyak berkorban. Kami masing-masing akan lakukan apa yang termampu.
Ada masa semuanya seimbang, ada juga masa kami penat dan perlu menyesuaikan keadaan semula. Dalam keluarga kami, yang lebih penting ialah saling membantu dan memikul tanggungjawab bersama. Bezanya hanyalah orang dewasa memikul tanggungjawab yang lebih besar, manakala anak-anak akan belajar mengambil lebih banyak tanggungjawab apabila mereka semakin dewasa.
TT: Ayah saya sentiasa berpesan supaya sentiasa merendah diri dalam kehidupan. Dalam hidup ini, ada masa kita berada di atas dan ada masa kita berada di bawah. Orang yang kita jumpa ketika sedang berjaya adalah orang yang sama juga akan kita temui ketika melalui saat sukar. Jadi, jangan sesekali bersikap sombong, kasar atau memandang rendah terhadap orang lain kerana semua itu akan sentiasa diingati.

TT: Bagi saya, kejayaan sebagai seorang ayah adalah apabila anak-anak merasakan saya sentiasa ada dan mudah didekati setiap kali mereka memerlukan saya, namun pada masa yang sama mereka juga mampu berdikari tanpa terlalu bergantung kepada saya. Jadi untuk 7 perkataan itu mungkin - Sentiasa hadir dan membimbing anak menjadi berdikari.
TT: Hakikatnya, kebanyakan daripada kita sebenarnya tidak benar-benar tahu apa yang sedang kita lakukan sebagai seorang bapa dan itu perkara yang normal. Apa yang penting ialah kita sentiasa cuba melakukan yang terbaik. Sepanjang perjalanan membesarkan anak-anak, pasti akan ada kesilapan yang dilakukan. Namun akhirnya, satu-satunya penilaian yang benar-benar penting adalah daripada anak-anak kita sendiri. Hanya masa yang akan menentukan bagaimana mereka melihat segala usaha dan kasih sayang yang telah kita berikan kepada mereka.
PENATAAN GAYA ARDI IDEWANI DIBANTU OLEH MUZAMMIN MUZLAN DAN HIZRAL FAIZ ROZEMAN ARAHAN SENI IERA NADZLIM DIBANTU OLEH NABIHAH NIZAM FOTOGRAFI ERIC CHOW / BLINK STUDIO PEMBANTU FOTOGRAFI TOMMY CHU GROOMING DESIREE DANDANAN YUSOF RUZAIMI PAKAIAN TOPTEN TEKS M. RIDHWAN SA’AYA & NURHANI NATASHA AKSESORI CARTIER DAN SAINT LAURENT PARIS (DARIPADA KERING EYEWEAR)