Daryll Tan kini menjalani fasa kehidupan yang paling bermakna sebagai seorang suami dan bapa. Bermula membina kerjaya pada usia muda sehingga membesarkan seorang anak lelaki, Daryll membuka sisi peribadinya tentang keluarga, tanggungjawab dan bagaimana kehadiran seorang anak mengubah definisi kejayaan dalam hidupnya.

Daryll Tan: Saya seorang usahawan dan mengendalikan beberapa perniagaan. Pada usia 21 tahun, saya mula membina perniagaan sendiri. Sekarang saya seorang bapa kepada seorang anak lelaki yang hampir berusia tiga tahun. Kebanyakan masa saya kini diisi dengan tanggungjawab sebagai seorang ayah dan juga ahli perniagaan dalam masa yang sama.
DA: Anak saya memanggil saya “Papa”. Dia seorang anak yang sangat ceria dan comel. Kadang-kadang dia juga memanggil saya dengan panggilan manja seperti “Pops” tetapi “Papa” tetap panggilan yang paling sesuai dan dekat di hati saya. Pada mulanya saya mahu dia memanggil saya “Daddy”, namun ketika dia masih kecil agak sukar untuk menyebut perkataan itu. Jadi saya memilih “Papa” kerana lebih mudah untuk disebut.
DA: Ayah saya seorang yang sangat sibuk ketika saya kecil tetapi kami mempunyai banyak memori indah bersamanya. Apabila beliau tidak sibuk bekerja, kadang-kadang dia akan membawa saya pergi memancing kerana itu merupakan hobi saya sejak kecil. Banyak lagi kenangan lain yang saya masih ingat sehingga hari ini. Namun apa yang paling saya perasan sekarang, ayah saya lebih presentable sebagai seorang datuk bersama cucunya. Melihat hubungan itu sendiri juga menjadi satu memori yang sangat bermakna buat saya.
DA: Terlalu banyak memori yang ingin saya kongsikan bersama anak saya. Bagi saya, sebelum dia lahir lagi perjalanan itu sudah menjadi satu kenangan yang akan saya ingat sepanjang hidup. Isteri saya mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum kami dikurniakan anak yang kami ada sekarang. Ia merupakan perjalanan yang sangat sukar dan penuh emosi tetapi saya sentiasa berada di sisi isteri saya kerana apa yang dilaluinya bukanlah sesuatu yang mudah.
Anak saya juga dilahirkan secara pramatang kerana isteri saya mengalami preeclampsia. Beratnya ketika dilahirkan sekitar 2.2 kilogram, namun syukur semuanya selamat dan berada dalam keadaan baik. Saat dia dilahirkan adalah salah satu memori yang tidak akan pernah saya lupakan. Namun, melihat dia makan, bermain, membina sesuatu, membelikan hadiah kegemarannya, bercuti bersama dan mengajarnya pelbagai perkara tentang kehidupan itu juga adalah memori yang tidak akan hilang daripada ingatan saya.
DA: Saya rasa cabaran terbesar adalah bagaimana saya mempersiapkan diri secara fizikal, mental dan emosi untuk menjadi seorang ayah. Kita semua tahu bahawa menjadi seorang bapa bukanlah sesuatu yang mudah, terutama sekali apabila melibatkan soal kewangan, rumah tangga, penjagaan kesihatan dan juga tanggungjawab untuk sentiasa hadir sebagai seorang ayah yang baik. Bagi saya, cabaran itu menjadi lebih besar kerana saya juga menjalankan perniagaan pada masa yang sama. Jadi saya perlu bijak membahagikan masa antara kerja dan keluarga supaya saya sentiasa mempunyai hubungan yang dekat dengan anak saya walau dalam apa jua keadaan.
DA: Saya mungkin tidak mempunyai tajuk yang spesifik, tetapi kalau bercakap tentang genre filem itu sendiri, mungkin ia gabungan slapstick, romantik dan drama. Dalam kehidupan sebenar, kita memang tidak dapat lari daripada semua elemen itu, terutama sepanjang perjalanan kehamilan, penjagaan kesihatan dan pengalaman membesarkan anak sepanjang yang kami lalui.
DA: Saya rasa perkara paling membahagiakan adalah apabila saya dapat memberi sesuatu yang bermakna kepada keluarga saya, terutamanya kepada anak lelaki saya. Saya dapat membentuk dirinya menjadi seorang manusia yang mempunyai karakter yang baik. Pada saya, karakter adalah perkara paling penting dalam kehidupan. Saya sangat bersyukur kerana dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan hidupnya ketika dia sedang membesar.

DA: Ayah saya seorang yang lebih menunjukkan kasih sayang melalui tindakan berbanding kata-kata. Dia mungkin bukan seorang yang banyak memberi nasihat atau pandangan secara terus tetapi dia sentiasa mengambil berat melalui perkara-perkara kecil. Saya masih ingat ketika saya mengalami kemalangan, ayah saya sanggup meninggalkan semua urusan kerjanya hanya untuk bersama saya dan memastikan saya okay. Pada saya, tindakan itu jauh lebih bermakna daripada kata-kata. Saya percaya sehingga hari ini, tindakannya banyak mengajar saya tentang bagaimana seorang ayah sepatutnya hadir dalam kehidupan anaknya.
DA: Being present, humility, resilience, fun, spiritual, firm and loving
DA: Ramai orang akan memberi pelbagai nasihat tentang bagaimana untuk menjadi seorang ayah yang baik. Bagi saya, tiada satu formula yang benar-benar tepat dalam parenting atau menjadi seorang bapa. Apa yang penting adalah membuat keputusan tentang prinsip yang ingin kita pegang, kekal konsisten dengannya dan terus belajar sepanjang perjalanan itu.
Jangan terlalu overthink tentang fatherhood selagi kita tahu bahawa kita sedang membina kehidupan yang mempunyai tujuan dan nilai untuk anak kita. Dan satu perkara yang saya selalu ingin tekankan, jadilah seorang ayah yang benar-benar hadir dalam kehidupan anak-anak. Sama ada anda sibuk atau tidak, keberadaan seorang ayah itu sangat penting kerana saya rasa perkara itu semakin kurang dalam generasi hari ini.
PENATAAN GAYA ARDI IDEWANI DIBANTU OLEH MUZAMMIN MUZLAN DAN HIZRAL FAIZ ROZEMAN ARAHAN SENI IERA NADZLIM DIBANTU OLEH NABIHAH NIZAM FOTOGRAFI ERIC CHOW / BLINK STUDIO PEMBANTU FOTOGRAFI TOMMY CHU GROOMING DESIREE DANDANAN YUSOF RUZAIMI PAKAIAN TOPTEN TEKS M. RIDHWAN SA’AYA & NURHANI NATASHA AKSESORI CARTIER DAN SAINT LAURENT PARIS (DARIPADA KERING EYEWEAR)