LANGGAN

Power Dads: Emran Rijal

Bapa kepada dua anak perempuan, pengasas Emri Vision dan bekerja bersama mengusahakan jenama TK by Tyra.
Published: June 17, 2026

Pada usianya yang masih hijau, Emran Rijal yang kini sudah menimang cahaya mata kedua mahu mengatur langkah perkembangan perniagaannya. Seharian, dia sibuk mengusahakan perniagaan Emri Vision dan TK by Tyra serta mahu menempa lebih banyak kejayaan mendatang.

ELLE Men: Siapa anda dan apakah kesibukan terkini dalam kerjaya?

Emran Rijal: Saya Emran Rijal dan kini saya merupakan seorang full-time dad kepada dua orang daughters yang sangat saya sayangi. Dalam masa sama, setiap hari saya juga sedang sibuk menguruskan beberapa business. Fokus kerja business saya tertumpu kepada perniagaan fesyen sendiri, Emri Vision dan tentunya TK by Tyra. Buat masa ini, Emri Vision sedang dalam persiapan menyiapkan satu koleksi baru yang mungkin akan keluar bulan Ogos nanti.

Oleh kerana kedua-dua anak saya masih kecil, jadi saya sentiasa cuba seimbangkan masa antara kesibukan kerja dan keluarga. Secara peribadinya, saya juga sedang berusaha memperbaiki diri to be a better person everyday, better father, better husband and also an entrepreneur. Walaupun ada masanya progres itu kecil sahaja tapi saya mahu terus mencuba. 

EM: Panggilan anak kepada anda sebagai bapa di rumah?

ER: Ayah. 

EM: Apakah satu kenangan paling diingati Emran dengan bapa sendiri semasa kecil dahulu?

ER: Ayah saya seorang yang suka berjenaka and heartwarming person. Sebenarnya saya dibesarkan oleh ibu kerana sebab peribadi. Kenangan paling saya ingat dengan ayah sendiri semestinya gurau-gurau dia yang selalu bersahaja. 

EM: Boleh kongsikan momen paling diingati dengan anak sendiri sekarang pula. 

ER: Baru-baru ini kami baru ada travel ke Vietnam dan mengunjungi sebuah Safari Park. Anak saya yang pertama Tyara sangat sukakan haiwan. Sama seperti isteri saya Tyra. Kenangan ke sana sangat menggembirakan. 

EM: Cabaran terbesar yang pernah dilalui sepanjang bergelar bapa. 

ER: Banyak cabarannya. Saya dan Tyra, kami berdua tidak pernah ada experience mempunyai anak, jadi semasa dapat anak pertama kami perlu belajar banyak perkara. We have to learn from the ground. We enjoy every process. 

Satu benda yang paling banyak saya dan Tyra belajar adalah kami perlu korbankan masa. Kami pernah bertanya dengan persoalan adakah kami sebenarnya sudah luangkan masa secukupnya dengan mereka atau sebenarnya tidak. At the same time kami juga perlu kerja untuk provide them the best. Apa yang kami lakukan adalah untuk sentiasa merancang masa dengan anak-anak kami baik setiap hari. 

EM: Jika keluarga anda dijadikan sebuah filem, apa tajuknya dan kenapa?

ER: Mungkin ‘The Chaos’. Baru-baru ini kami juga baru dapat anak kedua. Jadi, both of my daughters sangat needy. Lebih-lebih lagi dengan Tyra. Sebagai ayah saya cuba membantu apa yang sepatutnya. 

EM: Hal terbaik yang paling membahagiakan sebagai ‘kapten’ keluarga?

ER: Dapat spend time dengan anak-anak dan isteri. Itu semua momen-momen yang saya rasa tak boleh dibeli bila meningkat umur nanti. 

EM: Satu nasihat daripada ibu atau bapa sendiri yang anda masih pegang hingga hari ini?

ER: Betapa pentingnya menjadi seorang ayah yang sangat responsible. Jangan terlalu kejar dunia dan sentiasa ada untuk mereka. Boleh untuk kita menjadi ayah yang sibuk dengan kerja tetapi jangan pernah abaikan keluarga. 

EM: Dengan tujuh kata paling ringkas, definisikan sukses sebagai figura bapa dan sukses dalam kerjaya.

ER: Sukses itu sebenarnya a long term process. Pada saya, I want to be content in life. Saya mahu menjadi seorang ayah dan suami yang sentiasa ada untuk keluarga. 20 atau 30 tahun lagi anak-anak saya sudah dewasa. Saya imaginasikan, saya dapat menjadi ayah yang sentiasa be present for them. 

EM: Jika boleh berkongsi satu mesej atau pesanan kepada mereka yang pertama kali bergelar bapa, apakah yang anda mahu katakan?

ER: Be patient and be calm. Dua-dua itu mungkin sama ertinya tetapi berbeza. Fatherhood sangat mencabar mentally and physically. Kita tidak boleh expect orang lain menjaga anak kita sepertimana kita menjaga anak sendiri. 

Memang kita boleh hire helper atau mungkin ten maids dan mungkin sesiapa sahaja untuk menolong, tetapi tidak sama bila kita sendiri yang membesarkan mereka. Saya percaya, that is something that every new parent needs to be clear off. ‘Kerja’ sebagai bapa ini merupakan satu career yang serious, have fun along the way. Perlu diingat, kita sahaja boleh tegur anak kita dan betulkan silap yang mereka lakukan. Cara didikan yang terbaik itu datang daripada ibu bapa sendiri.


PENATAAN GAYA ARDI IDEWANI DIBANTU OLEH MUZAMMIN MUZLAN DAN HIZRAL FAIZ ROZEMAN ARAHAN SENI IERA NADZLIM DIBANTU OLEH NABIHAH NIZAM FOTOGRAFI ERIC CHOW / BLINK STUDIO PEMBANTU FOTOGRAFI TOMMY CHU GROOMING DESIREE DANDANAN YUSOF RUZAIMI PAKAIAN TOPTEN TEKS M. RIDHWAN SA’AYA & NURHANI NATASHA AKSESORI CARTIER DAN SAINT LAURENT PARIS (DARIPADA KERING EYEWEAR)

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down