Majlis rumah terbuka ELLE Malaysia kembali untuk tahun kedua dengan penganjuran yang lebih matang dan berkarakter. Bertempat di Astana Bamboo Hills, lokasi eksklusif ini menjadi latar sempurna untuk meraikan estetika Neo Traditional, interpretasi moden gaya Malaya. Malam tersebut menyaksikan kehadiran barisan tetamu yang tampil berani dalam pilihan gaya. Setiap penampilan memperagakan rekaan pereka tempatan yang sarat identiti, kemas, dan penuh perincian.

Sebelum tirai majlis dibuka secara rasmi, Kering Eyewear sebagai salah satu penaja utama menganjurkan sesi styling hijab yang eksklusif. Dihadiri oleh barisan hijabist dan KOL terkemuka. Sesi ini memperlihatkan pendekatan segar dalam menggabungkan hijab dengan aksesori eyewear memberi dimensi baru kepada gaya kontemporari yang lebih berani dan refined.

Tepat jam 7 malam, tetamu mula memenuhi ruang acara dan kawasan photowall serta karpet merah menjadi tumpuan utama. Tetamu turut disajikan dengan aiskrim sebagai pembuka untuk majlis itu dengan pelbagai pilihan topping daripada Symphony Spread. Sementara Evian melengkapkan pengalaman dengan minuman handcrafted yang menyegarkan.


Memasuki ruang dewan, perhatian terarah kepada booth Kapten Batik yang menampilkan koleksi batik moden yang sofistikated, selari dengan tema malam tersebut. Tidak ketinggalan, kehadiran Omoda Jaecoo J5 yang dipamerkan di dalam dan luar dewan menjadi simbol gaya hidup moden.


Majlis dikemudi dengan penuh karisma oleh Dino Omar. Acara dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada Ketua Pengarang ELLE Malaysia, Sarah Hani Jamil. Seterusnya, pentas diambil alih oleh Pengarang Urusan ELLE Men Malaysia, Ardi Idewani Zaini dan disusuli oleh Olivier Burlot, Ketua Pegawai Eksekutif dan Penerbit Heart Media Group.


Kemeriahan malam itu turut dihidupkan dengan rangkaian persembahan bertenaga oleh Nabila Razali disusuli Daiyan Trisha, Najmi Nariey dan Adrianna Cinta serta Aisha Retno.


Sebagai penutup, anugerah ‘Best Dressed’ menjadi momen yang dinanti. Ceddy Ang dinobatkan sebagai Best Dressed lelaki, manakala Sarah Hazley meraih gelaran Best Dressed wanita.


Turut memeriahkan malam tersebut dengan kehadiran para selebriti seperti Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Fitri Farok, Syamel, Terimunite, Daniel Chang dan ramai lagi. Kehadiran figura wanita seperti Nabila Huda, Mira Filzah, Bella Astillah, Syamim Freida, Kaka Azraff, Ernie Zakri, The Impatient Sisters dan ramai lagi melengkapkan suasana menjadikan malam itu bukan sekadar sambutan Aidilfitri tetapi sebuah perayaan gaya dan ekspresi diri yang terus berevolusi.


