LANGGAN

Power Dads: Wan Emir Astar

Suami kepada pelakon terkenal dan dikenali dengan karakter bapa penyayang serta sentiasa komited kepada kerjaya.
Published: June 17, 2026

Ingin dikenali sebagai seorang yang terus dapat berkhidmat kepada masyarakat dengan terus menyambung legasi bapanya serta masih dengan kesibukan kerjaya sebagai arkitek. Wan Emir Astar hari ini menikmati proses menjadi bapa setiap hari yang menuntut dedikasi.

ELLE Men: Siapa anda dan apakah kesibukan terkini dalam kerjaya?

Wan Emir Astar: Saya seorang bapa yang sibuk berkhidmat kepada rakyat. Saya juga seorang entrepreneur bersama-sama isteri saya. Saya berpegang dengan prinsip the harder you grind, the more you get the results. Semasa kecil, saya dibesarkan oleh bapa yang juga seorang individu yang sangat bersungguh-sungguh bekerja untuk masyarakat. Jadi saya ingin menyambung legasi dedikasi kerja bapa saya itu. 

EM: Panggilan anak kepada anda sebagai bapa di rumah?

WEA: Papa. 

EM: Apakah satu kenangan paling diingati Emir dengan bapa sendiri semasa kecil dahulu?

WEA: Satu momen paling saya ingat beberapa minggu sebelum ayah saya meninggal dunia dahulu. Kami ada berbual panjang dan talk about life. Ketika itu, saya sudah mahu fly ke London. Ayah saya ini sebenarnya seorang yang sedikit pendiam, dia sangat reserved. Jadi bila dapat berbual panjang dengan dia, saya rasakan itu sesuatu yang cukup istimewa. Sebelum ke departure gate, dia memeluk saya dengan sangat kuat. Saya masih rasakan yang itu menjadi one of the strongest hugs ever with him. Saya masih ingatnya sampai sekarang.

EM: Boleh kongsikan momen paling diingati dengan anak sendiri sekarang pula. 

WEA: Terlalu banyak sebenarnya yang kadangkala kita sebagai parents take it for granted. Momen saya dengan anak sebenarnya bila saya dapat hantar dia ke sekolah sendiri. Walaupun saya dan isteri ada driver yang boleh hantarkan, tetapi momen dapat menghantar anak ke sekolah itu sangat mahal. Memang anak saya masih kecil lagi dan selalunya momen itu kelihatan biasa sahaja kepada orang lain. Tetapi momen itu selalunya menjadi real pure bonding saya dengan dia. Satu quality time bersama yang mungkin susah untuk saya ulang nanti. 

EM: Cabaran terbesar yang pernah dilalui sepanjang bergelar bapa. 

WEA: Cabaran sebagai papa kepada anak sendiri tentunya untuk dapat meluangkan masa secukupnya. In my situation, my son selalunya inginkan masa bermain sahaja dengan kita, sedangkan kita sibuk dengan kerja. Memang dia akan gunakan ajakan seperti mahu ajak papanya bermain toys tetapi saya faham lebih daripada itu, perspektifnya dia sebenarnya inginkan masa bersama dengan kita. Sifat kanak-kanak yang kita faham sebegitu. Kalau bukan mahu meluangkan masa dengan kita, siapa lagi mahu teman mereka main bersama-sama. 

EM: Jika keluarga anda dijadikan sebuah filem, apa tajuknya dan kenapa?

WEA: Untuk sekarang kerana kami masih lagi bertiga dalam keluarga kecil, mungkin tajuk yang sesuai adalah ‘The Three Musketeers’. Kami ada merancang untuk membesarkan keluarga nanti. Kami bertiga sebenarnya sedikit adventurous lagi-lagi ketika kami sedang bercuti dan travel bersama-sama. 

EM: Hal terbaik yang paling membahagiakan sebagai ‘kapten’ keluarga?

WEA: Hal yang membahagiakan adalah untuk membina legasi melalui zuriat sendiri. Macam ayah saya yang membesarkan saya untuk berkhidmat semula kepada rakyat, saya juga ada sedikit harapan untuk anak saya mempunyai jiwa yang sama. The continuity is important. Perasaan saya dapat menjalani fatherhood ini merupakan satu opportunity untuk saya menjadi orang yang lebih baik dalam kehidupan setiap hari. Anak saya juga carry nama depan Wan daripada datuknya dan saya sendiri, jadi saya mahukan legasi Wan itu terus berkembang baik. 

EM: Satu nasihat daripada bapa sendiri yang anda masih pegang hingga hari ini?

WEA: Untuk terus bekerja untuk rakyat dan menyambung legasi membuat kebaikan. 

EM: Dengan tujuh kata paling ringkas, definisikan sukses sebagai figura bapa dan sukses dalam kerjaya.

WEA: Sukses sebagai bapa itu nanti bila saya sudah tiada, anak saya proud to say that I’m his father sebab saya sendiri proud of my own dad. Kalau sukses dalam kerjaya saya pula we can talk about numbers. Do the best dan rezeki daripada Tuhan akan datang tepat pada masanya kepada kita yang berusaha. 

EM: Jika boleh berkongsi satu mesej atau pesanan kepada mereka yang pertama kali bergelar bapa, apakah yang anda mahu katakan?

WEA: Is okay to not know everything and you can never be ready. Saya dan Mira juga dulu ada ke kelas untuk belajar basic tentang penjagaan baby sebelum anak saya lahir. Namun selepas dia lahir, real situation menjadi sangat berbeza. Kami belajar banyak perkara bersama-sama. Fatherhood can be a fun journey, satu special momen yang kita sebagai bapa harus laluinya dengan sangat seronok. So for all the fathers out there, don't plan too much and just enjoy the ride.


PENATAAN GAYA ARDI IDEWANI DIBANTU OLEH MUZAMMIN MUZLAN DAN HIZRAL FAIZ ROZEMAN ARAHAN SENI IERA NADZLIM DIBANTU OLEH NABIHAH NIZAM FOTOGRAFI ERIC CHOW / BLINK STUDIO PEMBANTU FOTOGRAFI TOMMY CHU GROOMING DESIREE DANDANAN YUSOF RUZAIMI PAKAIAN TOPTEN TEKS M. RIDHWAN SA’AYA & NURHANI NATASHA AKSESORI CARTIER DAN SAINT LAURENT PARIS (DARIPADA KERING EYEWEAR)

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down