Bateri berkapasiti lebih besar dengan peranti yang kekal nipis dan ringan. Itulah tarikan utama vivo V80 Lite 5G yang bakal dilancarkan di Malaysia pada 3 September 2026. Fokus utamanya sudah tentu kapasiti bateri sehingga 10,000mAh.
Tidak hanya angka yang direka semata-mata, kapasiti besar ini disiapkan terbukti untuk menyokong rutin harian penggunanya yang lebih lama. Sama ada untuk aktiviti penstriman dan media sosial, kepada kepenggunaan sepanjang hari ketika melancong. vivo turut melengkapkannya dengan teknologi silicon anode generasi keempat serta Magic Cube Battery Packaging bagi mengekalkan reka bentuk yang nipis dan ringan.

Menariknya, V80 Lite 5G turut menyokong reverse charging di mana teknologi ini membolehkan perantinya digunakan sebagai power bank untuk mengecas peranti lain. Melengkapkan pelancarannya, telefon ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna yakni Afterglow Pink, Emerald Green dan Dawn Black.

Melalui gabungan kuasa bateri, praktikaliti dan gaya, vivo V80 Lite 5G lengkap sebagai telefon pintar masa kini yang direka untuk keperluan gaya hidup moden.