vivo Malaysia memperkenalkan siri flagship terbaharu vivo X300 dan X300 Pro, membawa inovasi fotografi mudah alih ke tahap profesional. Menjadi telefon pintar pertama di Asia Tenggara yang menyiarkan acara pelancarannya secara langsung. Ia dirakam sepenuhnya menggunakan vivo X300 Pro tersebut. Siri ini JUGA membuktikan keupayaan kamera telefoto ZEISS APO 200 MP bukan sekadar gimik, tetapi satu revolusi visual.

vivo X300 Pro menampilkan Kamera Telefoto ZEISS APO 200 MP dengan Ultra-Sensing Sensor HPB baharu. Ia juga disertakan Pro Imaging Chip VS1 untuk hasil imej lebih jelas dan pantas. Sementara Kamera Utama 50 MP ZEISS Gimbal-Grade dengan sensor besar 1/1.28″ memastikan kestabilan dan ketepatan warna setaraf kamera profesional.
Untuk versi X300, kamera utama ZEISS 200 MP dengan penstabilan bertaraf CIPA 4.5 menjanjikan hasil ultra jelas tanpa kompromi. Kedua-dua model turut dilengkapi Kamera Hadapan 50 MP ZEISS Wide-Angle dengan autofokus. Sangat sesuai untuk rakaman vlog, potret mahupun konsert berskala besar.

Melengkapkan pengalaman tersebut, aksesori vivo ZEISS 2.35x Telephoto Extender Kit membolehkan pengguna menangkap subjek jauh dengan kejelasan tinggi. Contohnya dari atas pentas muzik hingga panorama gunung.
Siri vivo X300 juga tidak berkisar tentang piksel namun pengalaman yang dijanjikan. Ciri Stage Mode 2.0 membolehkan rakaman daripada pelbagai sudut. Manakala 4K Stage All-in-One membenarkan rakaman video sambil mengambil foto beresolusi tinggi. Semuanya dalam satu masa.
Untuk penceritaan visual yang lebih pantas, Dual-View Stage Video merakam penonton dan penghibur secara serentak. Ini dapat menghasilkan naratif dua hala yang lebih autentik.

Rakaman profesional kini turut lebih mudah diakses dengan sokongan 4K 120fps Pro Video serta Dolby Vision Video pada X300 Pro. Ia memberikan warna sinematik dan fleksibiliti pasca-produksi yang luar biasa. Tambahan pula, AI Image Studio memperkenalkan ciri seperti AI One-Shot Multi-Crop, AI Landscape Master dan Live Photo Passerby Erase. Ciri ini membolehkan hasil rakaman menjadi lebih kreatif dan warnanya kelihatan semula jadi.
Siri vivo X300 turut memperkenalkan OriginOS 6 buat kali pertama di Malaysia. Satu sistem operasi baharu dengan reka bentuk semula jadi, lebih lancar dan intuitif. Dikuasakan oleh Ultra-core Computing dan Memory Fusion, sistem ini mengoptimumkan prestasi keseluruhan telefon. Di samping itu menambah reka bentuk yang baharu dan elegan.
Melalui ciri seperti Flip Cards dan Origin Island, pengguna boleh menyesuaikan skrin, menerima cadangan pintar dan peringatan masa nyata. Segalanya menjadikan pengalaman harian lebih interaktif dan peribadi.
Dengan pelancaran siri vivo X300 dan X300 Pro, vivo sekali lagi membuktikan kedudukannya sebagai peneraju inovasi teknologi mudah alih. Melalui kolaborasi strategik bersama ZEISS, penambahbaikan pada sistem kamera profesional serta integrasi OriginOS 6 yang lebih pintar dan lancar. Siri ini menjadi alat kreatif yang membuka ruang baharu untuk fotografi, videografi dan ekspresi diri.
Sama ada merakam persembahan konsert, potret malam atau momen harian, siri vivo X300 membawa standard baharu bagi telefon flagship. Setiap ciri ditawarkan menggabungkan prestasi, gaya dan kreativiti dalam satu pengalaman menyeluruh yang direka untuk generasi kini yang hidup pada detik dan imej yang menuntut kesempurnaan.