Walaupun namanya masih segar dalam dunia lakonan, Lorenzo Irmaan terus kekal cekal dalam industri yang sentiasa sibuk. Kini, dia sedang memberi fokus sepenuhnya kepada drama terbarunya bersama TV3 yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Lorenzo Irmaan: Asalnya, saya hanyalah seorang penonton. Saya tertarik dengan kehidupan yang dipaparkan dalam drama dan dari situ, saya mula mencuba. Saya juga suka menonton filem Hollywood dan banyak belajar serta mengambil inspirasi daripadanya.

LI: Saya rasa drama terbaru saya, Neraka yang Terhijab. Bagi saya, saya lebih selesa dengan dialog dalam drama ini. Saya bawa diri saya dalam drama itu seolah-olah saya pernah berada dalam situasi tersebut sebelum ini. Drama itu juga memberi kesan kepada saya.
LI: Cabaran terbesar saya adalah untuk kekal relevan dan sentiasa dilihat oleh pihak stesen atau produksi lain. Bagi saya, tanpa perkara itu, mungkin tiada watak seterusnya.
"Budaya lakonan seharusnya lebih sihat dan ditapis untuk membuka lebih banyak peluang"
LI: Selalunya, saya akan pergi ke gim. Saya juga pencinta kucing dan mempunyai dua ekor kucing di rumah. Saya peminat Justin Bieber, jadi banyak lagu yang sentiasa saya mainkan.
LI: Bagi saya, budaya lakonan sekarang dan dulu mempunyai perbezaan. Budaya lakonan seharusnya lebih sihat dan ditapis untuk membuka lebih banyak peluang. Kalau boleh, kita lebihkan kualiti berbanding kuantiti supaya orang dapat melihat dunia lakonan ini dari sudut yang berbeza.
EM: Impian terbesar sebelum tahun ini berakhir.
LI: Sasaran saya untuk tahun ini adalah untuk mempunyai perniagaan sendiri. Mungkin saya akan cuba menceburi bidang lain seperti perniagaan kontraktor tetapi semuanya bergantung pada rezeki.

PENYELARAS ARDI IDEWANI FOTOGRAFI AMANI AZLIN DIBANTU OLEH BRENDON & GAVIN PENATA GAYA MUZAMMIN MUZLAN ARAHAN SENI NABIHAH NIZAM GROOMING AYANG KAMEL & WIRA KASTRYA DANDANAN AIREENZRASHID TEKS M. RIDHWAN SA’AYA & NURHANI NATASHA PELATIH AMALI HIZRAL FAIZ ROZEMAN & AISYAH HAZIYAH