Dunia perfileman dan Aniq Durar kini semakin sebati. Baru sahaja menyelesaikan sebuah filem arahan Jason Chong, sebuah filem berlatar tahun 1970-an yang mengangkat kisah konfrontasi dan sedang menyiapkan dirinya untuk sebuah persembahan seni yang berdasarkan budaya Melanau.

Aniq Durar: Ayah saya sendiri. Semasa di universiti, saya sering terlibat dalam produksi teater. Ayah saya sentiasa menyokong saya dengan kata-kata yang membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus berkarya.
AD: Ada satu projek persembahan yang pernah saya lakukan di jalanan di Kuching, Sarawak. Persembahan ini berdasarkan identiti saya sebagai seorang Melanau. Namanya A Fisherman’s Dream. Sebagai seorang urban Melanau, ia menjadi satu cara untuk saya kembali kepada akar dan mengenali semula asal-usul saya.
"Sejarah boleh menjadi sebahagian daripada budaya. Sejarah adalah apa yang anda pilih untuk lakukan"
AD: Dalam bidang ini memang susah. Rejection itu adalah sesuatu yang sangat normal. Saya cuba mencari kepuasan melalui diri sendiri dan memilih projek yang benar-benar memberi kepuasan kepada saya sebagai seorang aktor.

AD: Untuk buku, saya sedang membaca 'Odyssey' yang ditulis oleh Emily Wilson. Versi ini lebih mudah untuk difahami. Untuk lagu pula, saya akan mainkan 'Ain’t No Mountain High Enough' oleh Marvin Gaye dan Tammy Terrell. Saya juga seorang yang gemar bermain permainan video dan banyak menghabiskan masa dengan bermain game.
AD: Budaya itu masih hidup. Bagi saya, ada perbezaan antara sejarah dan budaya. Sejarah adalah asal-usul, manakala budaya adalah cara hidup kita sekarang. Ia boleh menjadi sebahagian daripada budaya. Sejarah adalah apa yang anda pilih untuk lakukan.
AD: Semoga pada akhir tahun ini, saya dapat menyampaikan sebuah karya seni persembahan yang lebih berat dari segi seni tetapi masih berasaskan budaya Melanau saya.

PENYELARAS ARDI IDEWANI FOTOGRAFI AMANI AZLIN DIBANTU OLEH BRENDON & GAVIN PENATA GAYA MUZAMMIN MUZLAN ARAHAN SENI NABIHAH NIZAM GROOMING AYANG KAMEL & WIRA KASTRYA DANDANAN AIREENZRASHID TEKS M. RIDHWAN SA’AYA & NURHANI NATASHA PELATIH AMALI HIZRAL FAIZ ROZEMAN & AISYAH HAZIYAH