LANGGAN

Power Dads: Hanif Zaki

Karakternya disenangi dan dikenali sebagai seorang bapa yang memimpin keluarga dan kerjaya dengan penuh dedikasi.
Published: June 17, 2026

Tampilan Hanif Zaki di media sosial bersama anak dan isterinya sering kali mengundang tontonan dan tawa peminat. Dalam masa sama, kesibukan kerjanya sebagai Ketua Bahagian Operasi sebuah jenama kereta mencorak kebolehpercayaan wibawa. 

ELLE Men: Siapa anda dan apakah kesibukan terkini dalam kerjaya?

Hanif Zaki: I want to be known as a proud husband and also proud daddy of two. Namun apa yang paling penting sebenarnya untuk diri sendiri, I want to be a good role model to them, itu goal saya. Family sentiasa menjadi keutamaan penting. Kalau daripada segi kerjaya pula, I ingin lebih fokus kepada lebih banyak pencapaian. I am still quite young and I still have a lot to learn. 

EM: Panggilan anak kepada anda sebagai bapa di rumah?

HZ: Daddy. Kadangkala kalau mereka nak manja sikit, mereka akan panggil dad

EM: Apakah satu kenangan paling diingati Haniff dengan bapa sendiri semasa kecil dahulu?

HZ: Yang paling I ingat sekali, ayah saya sebenarnya orang pertama dan orang yang sangat instill minat I towards cars. He was very particular when it came to cars dan sampai sekarang dia masih instilled benda itu dalam diri I. I love cars so much. Sekarang, my two kids even at the age of two years old pun, mereka sudah mula pickup minat yang sama tentang kereta. So I can see that it has been passed through generations and I’m happy with it.

EM: Boleh kongsikan momen paling diingati dengan anak sendiri sekarang pula. 

HZ: Of course kenangan yang paling I ingat masa me and my wife bawa our very first child balik ke rumah sendiri from the hospital selepas dia lahir. At that moment, kami dah decide yang kami sudah mula fasa baru dalam kehidupan untuk dimulakan bersama-sama. It was a mesmerising and miraculous moment. 

EM: Cabaran terbesar yang pernah dilalui sepanjang bergelar bapa. 

HZ: I think parenthood is not easy, it requires a lot of dedication and focus. It is no longer about you. Apa yang kita buat dan lakukan, akan memberi impak kepada anak-anak kita sendiri. Sebagai bapa dan suami juga, I selalu remind diri untuk must always have a plan dan yang paling penting sekali, lead by example to our kids. Kebanyakan masa kanak-kanak tidak akan ikut dengan apa yang kita ajar tetapi mereka hanya akan ikut apa yang mereka nampak kita buat. Sebab itu, bagi I, sangat penting menjadi role model yang baik kepada anak. 

EM: Jika keluarga anda dijadikan sebuah filem, apa tajuknya dan kenapa?

HZ: I think tajuk dan situasinya akan jadi ‘Sebuah Keluarga Kecil Yang Bahagia Buat Selama-lamanya’. 

EM: Hal terbaik yang paling membahagiakan sebagai ‘kapten’ keluarga?

HZ: Time is very important sebagai bapa. Kita mesti plan ahead bila masanya untuk kita sibukkan diri dengan kerjaya, bila masanya untuk kita spend masa dengan wife, bila masanya pula untuk kita nak spend masa dengan anak untuk minum susu bila sampai time-nya. For me, bila I berjaya membahagikan masa secukupnya dengan mereka itu sudah cukup memberi kebahagiaan. 

EM: Satu nasihat daripada bapa sendiri yang anda masih pegang hingga hari ini?

HZ: Lebih daripada nasihat, mungkin satu tauladan juga. My dad ajar saya untuk menjadi penyabar. Sangat-sangat penyabar. Lagi satu untuk menjadi seorang yang sangat humble dalam kehidupan. 

EM: Dengan tujuh kata paling ringkas, definisikan sukses sebagai figura bapa dan sukses dalam kerjaya.

HZ: Success as a father, like as saying goes by, no other man in this world wants to see you do better except for your own father. Jadi to me, I want to raise healthy, grounded and well mannered kids and also I mahu melihat mereka nanti do even better than myself sekarang. Itulah success sebagai bapa buat saya sendiri. Kalau daripada sudut kerjaya pula, success lebih kepada cara I handle the stress dan pressure yang datang setiap hari. 

EM: Jika boleh berkongsi satu mesej atau pesanan kepada mereka yang pertama kali bergelar bapa, apakah yang anda mahu katakan?

HZ: Number one, memang kena sabar banyak-banyak. The secret sauce to being a good husband and father is kena selalu bersabar dalam mendidik anak-anak. Kedua, kena susun dan plan ahead banyak perkara. Masa bujang dulu, kita boleh lebih pantas dan ke mana-mana sahaja tetapi sekarang it is no longer about you. Your kids are depending on you. It is a 360 life experience. So as you age, you will understand and know how to navigate these kinds of conditions and situations


PENATAAN GAYA ARDI IDEWANI DIBANTU OLEH MUZAMMIN MUZLAN DAN HIZRAL FAIZ ROZEMAN ARAHAN SENI IERA NADZLIM DIBANTU OLEH NABIHAH NIZAM FOTOGRAFI ERIC CHOW / BLINK STUDIO PEMBANTU FOTOGRAFI TOMMY CHU GROOMING DESIREE DANDANAN YUSOF RUZAIMI PAKAIAN TOPTEN TEKS M. RIDHWAN SA’AYA & NURHANI NATASHA AKSESORI CARTIER DAN SAINT LAURENT PARIS (DARIPADA KERING EYEWEAR)

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down