Bermula dengan episod siri Bags of KL yang menjadi rujukan pencinta fesyen mewah hinggalah kandungan kecantikan, Eros Erfe atau kini lebih dikenali sebagai The KLCC Boy dilihat telah membina identitinya sebagai pencipta kandungan yang menghubungkan dunia fesyen, kecantikan dan gaya hidup. Dia berkongsi perjalanan dan cabaran membina nama dalam industri kandungan serta pandangannya tentang budaya yang sentiasa berevolusi.

Eros Erfe: Saya banyak refer dan ikut perkembangan fesyen semasa. Saya juga suka kaji background sesuatu jenama atau trend kerana daripada situ lahir idea baru. Apabila kita terdedah kepada pelbagai bentuk content, proses berkreatif menjadi semula jadi.
EE: Ketika saya terpilih bekerjasama untuk Coach. Saya juga bangga apabila orang mengenali saya melalui siri kandungan Bags of KL.
"Saya juga suka mengkaji background sesuatu jenama atau trend kerana daripada situ lahir idea baru"
EE: Industri Malaysia kecil berbanding negara seperti Singapura atau Korea. Sometimes, we need to work harder untuk buktikan nilai dan impak kepada jenama antarabangsa. Peluang itu ada tetapi kami perlu sentiasa bersaing.
EE: I love K-pop. Saya suka dengar muzik, tonton rancangan Korea dan ikut perkembangan industri hiburan mereka. Itu cara saya berehat setelah kesibukan panjang.
EE: Bagi saya, budaya sentiasa berubah. Ia bukan sekadar warisan tetapi perkara yang sedang berlaku hari ini. Cara kita semua berpakaian, gaya hidup dan komuniti yang kita sertai untuk membentuk budaya. Apabila kita turut sama menyumbang idea dan melibatkan diri, kita juga membantu budaya untuk hidup.
EE: Saya menginjak 30 tahun pada tahun ini, jadi goals saya untuk membangunkan projek yang benar-benar mencerminkan minat saya, mengembangkan projek di luar Bags of KL serta membina team sendiri untuk membawa nama saya ke peringkat yang lebih besar.

PENYELARAS ARDI IDEWANI FOTOGRAFI AMANI AZLIN DIBANTU OLEH BRENDON & GAVIN PENATA GAYA MUZAMMIN MUZLAN ARAHAN SENI NABIHAH NIZAM GROOMING AYANG KAMEL & WIRA KASTRYA DANDANAN AIREENZRASHID TEKS M. RIDHWAN SA’AYA & NURHANI NATASHA PELATIH AMALI HIZRAL FAIZ ROZEMAN & AISYAH HAZIYAH