
Bell & Ross BR-03 Helipad mentransformasikan disiplin horologi pematuhan masa kepada satu pengalaman visual, berteraskan ilham helikopter yang menerbangi awan. Bilah helikopter yang berputar mereplikakan penunjuk saat, bahagian muncung helikopter menggambarkan minit manakala landasan helikopter yang berputar pula mempamerkan jam. Dikuasakan oleh BR-CAL.327 automatic movement, paparan ini mengintegrasikan kecekapan kejuruteraan dengan kreativiti reka bentuk yang merai mekanisme rotary-wing pada pesawat.

Menolak sempadan prestasi kecekapan kronograf dengan frekuensi tinggi menerusi kaliber El Primero 9004, ZENITH memperkenalkan DEFY Extreme Lapis Lazuli II yang boleh mengukur masa sehingga 1/100 saat. Jam tangan ini disempurnakan lagi oleh sarung karbon tempa serta titanium dengan subdail lazuardi yang menggabungkan kedinamikan pada aspek kejuruteraan, daya tahannya dan kecantikan semula jadi pada batu lapis lazuli.

Imbas kembali acara berprestij Royal Ascot 2026 pada bulan Jun lalu, yang bersatu dengan Longines sebagai rakan kerjasama rasmi. Acara ini mengundang kita ke alam warisan ekuestrian ala abad ke-19 dan merai rangkaian Longines Master Collection bersama pelakon, Henry Cavill. Rangkaian ini adalah cerminan kepada komitmen Longines dalam meneguhkan aspek elegan abadi serta memahsyurkan kepakaran pembuatan jam tangan Swiss dan membuktikan keseimbangan sempurna antara ketukangan kraf mekanikal dengan estetika moden.

Tahun kedua menakma kolaborasi, CASIO x J Balvin menampilkan ekspresi berani jam tangan digital yang diimaginasikan seula merupa cincin yang berkeliling pada jari. Edisi terhad CASIO x J Balvin CRW001JB-9 Ring Watch ini bertepatan dengan sifat kefungsian CASIO dalam garapan rekaan miniatur. Kolaborasi ini mencorakkan karakter inovasi CASIO yang bertumbuh seiring dengan statement-making style J Balvin, meninggalkan impak dari segi individuality dan stail.

Apakah ini jam tangan yang kompleks pembuatannya? Louis Vuitton Escale en Alaska dicipta oleh La Fabrique du Temps Louis Vuitton, mencungkil inspirasi daripada buana salju Margerie Glacier di Alaska di bawah Northern Lights – menyoroti paparan kitaran hidup menerusi sembilan elemen animasi seperti ikan paus, orca serta penguin. Louis Vuitton Escale en Alaska dikuasakan oleh LFT AU14.03 kaliber dengan tourbillon serta minute repeater dan mampamerkan seni métiers d’art yang cukup unik dan diperkemas oleh enamel Grand Feu. Tatahan nilam, berlian dan turmalin menghiasi indah bezel, yang berpaduan elok dengan ketukangan artistik haute horlogerie serta menyemangati DNA alam kembara Louis Vuitton.

IAMWATCH 2026 kembali pada 12 November 2026 sehingga 15 November 2026 di The Singapore EDITION, menghimpun pencinta-pencinta jam tangan, collectors, artisan serta figura-figura ternama merayakan industri pembuatan jam tangan independent. Acara kemasukan percuma ini akan membawa para pengunjung untuk menikmati pengalaman mendekati himpunan jam tangan terpilih, bersua muka dengan emerging watchmakers dan membabitkan diri dalam sesi-sesi perkongsian menerusi tayangan filem serta perbincangan yang mengupas topik ketukangan horologi.

Girard-Perregaux menyambut ulang tahun debut 50 tahun rangkaian ikonik Laureato dengan menampilkan himpunan Laureato Fifty Collection. Rekaan terbaru ini mengutip kombinasi signature Girard-Perregaux yang bergabung padan dengan ketukangan kraf. Seperti pada dail enamel, kemasan Clous de Paris serta kaliber automatic Manufacture GP4800. Ia malah meneguhkan statusnya sebagai jam tangan haute horlogerie yang cukup distingtif, apalagi dalam dunia jam tangan berteraskan kesukanan. Himpunan ulang tahun ini tersedia dalam dua saiz – yakni 39mm dan 36mm.