Sukar saya mencari tajuk perumpamaan bagi menghubungkan warna-warna jawapan tersirat dan tersurat yang dikongsi Hael Husaini semasa temu bual hari itu. Namun pada saya dengan menghubungkan sifat debunga yang menjadi buah dan perasaan euphoria yang merujuk gembiranya kebahagiaan merupakan satu metafora tepat.
Saya memulakan perjalanan ke shoot pagi itu dengan lagu ‘Penjuara’ dan ‘Diam’ dimainkan berulang kali. Antara lagu yang pada saya cukup kuat menggambarkan keunikan suara pemilik nama sebenar Hal Husaini Bin Razmi. Genap setahun sejak Hael tampil sebagai wajah muka hadapan edisi debut ELLE Men di Malaysia, banyak perkara yang telah berlaku dalam landskap editorial tetapi satu perkara masih kekal apabila saya melihat Hael, dia jelas tahu apa yang diinginkannya. Dikenali dengan naluri kreatif yang sukar dibatasi pada satu had peranan, dia masih aktif menulis lagu, menghasilkan muzik, menyanyi dan berkarya untuk diri sendiri dan penyanyi lain.

Selepas tampil sebagai salah seorang juri program realiti Big Stage tahun ini, Hael sekali lagi membuktikan bahawa dunia kreatifnya tidak pernah terhad kepada satu cabang. Ketika temu bual ini berlangsung, dia baru sahaja sah untuk lima pencalonan Top 5 bagi Anugerah Industri Muzik 25 Edisi Jubli Perak. Seminggu sebelumnya pula, namanya turut diumumkan sebagai antara barisan artis yang bakal menjayakan ROUND in Korea 2026, sebuah festival muzik yang menghimpunkan bakat ASEAN dan Korea. Rentetan kisah pencapaian itu datang bersama deretan pengiktirafan yang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara nama besar dalam landskap muzik pop Malaysia. Dengan jumlah penstriman yang telah melepasi 100 juta di platform muzik Spotify sehinggalah pengiktirafan terbaharu sebagai penerima Anugerah Ikon di Anugerah Juara Lagu 40, perjalanan Hael memperlihatkan seorang anak seni yang terus berkembang merentasi peranan, pentas dan medium.

ELLE Men: Sebelum bermula, boleh kongsikan perasaan Hael kembali ke set cover story ELLE Men hari ini?
Hael Husaini: Saya tentunya feel honoured. Working with favourite person, favourite makeup artist, favourite hair-stylist, favourite brand dan semuanya favourite lah. Whenever saya buat shooting, saya memerlukan banyak reason untuk say yes. Saya rasa happy bila dipanggil magazine bermakna saya dihargai dan orang still nampak usaha saya di tahun itu untuk menjadi contoh kepada mereka yang mahu menjadikan saya sebagai rujukan.
EM: Kurang lebih 20 tahun dalam industri seni, apabila melihat kembali perjalanan panjang, adakah Hael sudah capai tahap puas yang dicari atau masih banyak yang mahu dibuktikan?
HH: Belum. Saya rasa hakikat manusia itu dicipta untuk tidak pernah rasa puas dengan apa yang mereka ada. That's the best part, sebab bila kita belum rasa puas, kita akan sentiasa mahu untuk improve diri dan bergerak ke hadapan supaya tidak stuck pada satu fasa kehidupan sahaja.
EM: Kalau dibandingkan Hael yang baru bermula dahulu dengan Hael hari ini, apakah biggest thing yang paling mengubah cara Hael melihat diri sendiri sebagai seorang penghibur?
HH: Apa yang paling banyak mengubah saya adalah persepsi dan pandangan orang terhadap saya. For me, as a public figure, kita perlu alert dan sentiasa peka dengan surroundings, terutamanya dengan crowd peminat. Apa yang kita mahu entertain, apa yang kita mahu beri semula kepada mereka dengan segala sokongan yang saya terima. As someone in the industry, kita kena tahu mission and vision yang jelas, tahu hala tuju dan apa yang kita mahu capai setiap hari.


EM: Hael kini berada pada satu fasa di mana banyak perkara sudah dicapai. Jadi, apa yang masih membuatkan Hael rasa teruja untuk terus berkarya?
HH: Tanggungjawab. Sebab dengan faham semua tanggungjawab yang saya ada, saya tahu I need to do more. As a human being, as a son, as a father to three kids, banyak responsibilities yang saya perlu penuhi dengan sebaik mungkin.
EM: Tahniah untuk Anugerah Ikon AJL 40. Apa sebenarnya makna gelaran ‘ikon’ buat Hael atau adakah Hael rasa lebih besar juga tanggungjawabnya dengan gelaran itu?
HH: Setiap penganugerahan itu juga datang dengan tanggungjawab. Pada saya, bila dapat award itu, saya kena deliver lebih lagi daripada apa yang saya pernah beri. Sama seperti nama anugerah itu sendiri, ‘ikon’ itu membawa maksud sesuatu atau seseorang yang ikonik, sama berat seperti perkataan dan title yang diberikan.
Dalam tempoh 10 tahun daripada kemenangan pertama saya di Anugerah Juara Lagu, agak cepat juga untuk saya sebenarnya dilayakkan menerima anugerah seperti ini. Tetapi apabila saya lihat semula usaha yang saya dan team saya sudah lakukan, saya rasa berbaloi kerana penat lelah saya selama ini nampak dan dihargai.
EM: Apa pula cara Hael mendefinisikan perkataan ‘legenda’ yang maksudnya lebih besar dan memaknai tema majalah ELLE Men bulan ini?
HH: Legenda itu evergreen, as simple as that. Gelaran itu tidak akan fade away. Seorang legenda will always be remembered by many dan menjadi the one and only. Legenda itu pada saya lebih kepada satu pengiktirafan yang diberikan oleh orang ramai. Ambil contoh paling mudah, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, dia mendapat gelaran Biduanita Negara dan memang cukup layak menerima pengiktirafan itu. Tiada yang boleh menyangkalnya. Perkataan legenda itu tentang sumbangan yang diberikan seseorang kepada industri. Bila seseorang sudah memberikan sesuatu yang besar atau justice kepada industri dan dikenang oleh ramai, pada ketika itulah gelaran legenda itu benar-benar membawa makna.

EM: Hael bukan sahaja seorang penyanyi tetapi juga penulis lagu, komposer dan terbukti serba boleh berkreatif. Pada tahap ini, yang mana sebenarnya paling menjadi keutamaan?
HH: Saya nak buat semua. I don't take things for granted. Setiap work atau task yang orang beri kepada saya, saya perlu deliver semampunya pada aras tertinggi. Pada saya, semuanya tentang balance. As long as ada kaitan dengan muzik dan saya boleh buat orang ramai happy dan seterusnya connect dengan muzik serta composition saya, saya akan buat apa sahaja.
EM: Hael turut banyak membantu dan menghasilkan muzik untuk ramai artis lain. Apa yang membuatkan Hael begitu terbuka untuk memberi ruang dan berkongsi pengalaman dengan mereka?
HH: Sebab saya tak mahu mereka lalui whatever yang saya went through before dan tak mahu mereka rasa apa yang saya rasa pada awal kerjaya seni dulu. Saya tahu bagaimana perasaannya to struggle for a very long time sampai satu tahap saya sendiri hampir give up. Jadi, bila saya ada peluang dan ruang untuk berkongsi, saya akan gunakan sebaiknya.
Kalau nak tahu, daripada kegagalan saya dululah saya boleh guide ramai orang untuk improve. Itulah yang saya suka buat. Bila dapat peluang untuk bantu dan berkongsi apa yang perlu, saya rasa itu adalah sesuatu yang patut saya teruskan.
EM: Jadi tak salah untuk menyatakan apabila membantu menulis untuk penyanyi lain, proses itu mengubah cara Hael memahami manusia dan emosi untuk diterjemahkan dalam lagu?
HH: Betul. Untuk saya, happy itu bukan hanya bila kita melihat diri kita sahaja yang berjaya. Apabila kita melihat orang lain juga berjaya dengan bantuan kita, that feeling itu sangat berbeza. Saya syukur dapat terjemahkan energy yang sama apabila saya menulis lagu dan membantu orang lain.
Bila saya menulis lagu untuk orang lain, saya sering membayangkan bagaimana orang itu akan perform di atas pentas dan menjadi superstar. Saya akan fikir bagaimana lagu itu akan dibawa olehnya, bagaimana sound yang keluar nanti akan menjadi sesuatu yang baik dan akhirnya dihargai ramai. Itu antara perkara yang sentiasa bermain dalam thought process saya apabila menyiapkan runut bunyi untuk orang lain.
EM: Kita beralih tentang EP pula, sebelum ini ramai menjangkakan akan siapnya ‘Antonim: Part 2’ tetapi dikatakan Hael memilih untuk menyiapkan album penuh. Apa yang membuatkan keputusan itu berubah sedangkan single ‘Peluk’ bersama Nadeera dan ‘Alangkah’ sudah siap dirilis.
HH: Pada saya, ‘Antonim’ itu sudah berada dalam proses yang lama menyiapkannya and ongoing for too long, jadi saya rasa tiba masanya untuk saya cuba move on. Dalam proses ke hadapan yang panjang itu juga, banyak benda berlaku dan banyak genre muzik yang berubah. Jadi, saya mahu ikut berubah dan adapt seiring dengan keperluan pendengar semasa.
Sebab itu saya tidak mahu buat EP, saya inginkan ia menjadi album penuh. It will be ready when it's ready. Don't ever force something. Seperti bercinta, jangan kita terlalu paksa. Apa yang boleh saya kongsikan, ia sudah siap dan boleh keluar tahun ini kerana the material is ready. Yang pasti bunyinya nanti is completely crazy and almost there.

EM: Hael juga diketahui dengan kecenderungan untuk tidak mengulangi bunyi yang pernah dilakukan. Sejauh mana acuan untuk sentiasa cuba melahirkan bunyi yang baru bagi setiap karya baru?
HH: Tidaklah saya tidak mahu mengulang bunyi atau tidak mengekalkan warna suara Hael Husaini. Muzik itu pula sendiri sifatnya will always be there namun evolve. Saya juga tidaklah mahu create sesuatu yang terlalu lain. Kalau terlalu baru, ia akan menjadi sangat berbeza dan mungkin terus menjadi genre baharu. Cuma, untuk album ini nanti, bunyi yang dihasilkan akan menjadi sesuatu yang peminat saya tidak pernah dengar daripada saya sebelum ini dan mungkin tidak expect daripada seorang Hael Husaini. This time around, for this album, satu ayat yang menggambarkan bunyinya, crazy.
EM: Jadi boleh dikatakan sudah tentu hasil acuan ‘Antonim: Part 2’ akan berbunyi berbeza untuk menghasilkan impak penerimaan berbeza?
HH: For me, in making music, a musician will always take risks. Kalau kita terlalu berpandukan atau berpaksikan pendapat orang sentiasa, seorang musician atau singer itu akan sentiasa menjadi follower. Itu yang saya selalu katakan kepada mereka yang datang minta nasihat daripada saya. Saya cuba educate, in making music, a musician needs to always be you and ada standard kenapa kita masuk ke industri. Memang kita perlu buat muzik yang sellable untuk crowd dan peminat suka tetapi jangan lupa jati diri.
Expectation untuk album baru ini sama macam ketika saya mula-mula masuk industri dulu. Sama ada ia hit atau tidak, saya jalan sahaja. It depends on rezeki juga. Saya akan terus buat apa yang saya suka dan saya yakin peminat juga akan suka.

EM: Beralih tentang penampilan dan imej pula, adakah Hael menggunakan acuan yang sama, seperti suka bereksperimen atau sentiasa cari perubahan itu juga?
HH: Always, saya memang suka bereksperimen. Contohnya, bila saya di studio rakaman, saya dengar sahaja ada satu benda yang aneh atau jarang saya dengar, saya akan dapat inspirasi untuk terus menghasilkan sesuatu yang berbeza. Sama juga dengan penampilan dan imej untuk cara saya berfesyen mengekspresikan diri.
EM: Jadi pada Hael, fesyen itu cara mengekspresikan diri. Ada hubungannya dengan muzik dan cara Hael melihat diri sendiri?
HH: Music and fashion will always be connected. Daripada situ, kita boleh nampak hasil daripada cara kita bereksperimen dan meletakkan imej penghibur sebagai satu perkara yang membezakan kita seuniknya. Saya sangat thankful dan grateful saya diterima dalam dunia fesyen ini. Walaupun pada mulanya orang doubt, ye lah orang kata bila kita menceburi dalam dunia fesyen kita kena model-like, harus tinggi lampai, kena berwajah autentik. Tetapi fizikal saya agak kecil. I’m really grateful apabila dijemput ke Fashion Week dan acara fesyen. It’s something that makes me happy and excited.
EM: Menginjak angka empat, satu nombor yang mana kematangan datang seiring pengalaman kehidupan. Hael hari ini lebih bahagia?
HH: Eh, mana ada, saya stop di umur 18 dan hari ini saya masih 18 (ketawa). Tapi of course, saya lebih bahagia dan gembira dengan apa yang saya capai dan orang di sekeliling saya. You just need to be happy with yourself. As you grow older, kita kena sentiasa be happy and be alive. Being in this place and industry dengan apa yang saya ada dan sudah capai, saya kena sentiasa be happy. Saya tahu ramai orang di luar sana struggle dan Tuhan berikan saya miracle dan tiada alasan untuk saya tidak happy.
EM: Rentetan daripada soalan tadi, ada apa-apa yang boleh diperkatakan dengan bahagia bersama capital D?
HH: Nak kena jeling tanya soalan sebegini (ketawa). Capital D itu, dia ada dalam semua kamus hidup saya. The one and only my fan, the one and only family dan dia sebagai capital D itu the one and only of everything. Jangan risau, kalau awak sungguh-sungguh twist soalan untuk tanya, lagi mudah saya twist jawapan saya.
EM: Jadi kalau bahagianya tidak di cerita itu, sebagai orang yang selalu menulis lirik, cuba Hael sendiri definisikan maksud ‘bahagia’?
HH: Bahagia itu pada saya happy untuk apa sahaja yang saya sudah capai, happy dengan kebahagiaan bersama orang sekeliling dan happy dengan apa yang direzekikan Tuhan kepada pencapaian saya hari ini. Ada ramai orang di dunia ini memerlukan banyak reason untuk mereka bahagia dan gembira.
Baca temu bual penuh menerusi ELLE Men isu Oktober/November 2026.
KREDIT
Penyelaras dan Penata Gaya: Ardi Idewani Zaini
Dibantu Oleh: Athirah Zahra
Fotografi: Chuan Looi // Yipieyaya Studio
Video: Dennis Khoo
Temu Bual: M. Ridhwan Sa’aya
Arahan Digital: Hani Natasha
Arahan Seni: Iera Nadzlim
Dandanan: Ckay Liow
Solekan: Khir Khalid
Pelatih Amali: Hizral Faiz Rozeman